Mantuka

Monday, September 4, 2017

Uji Pandu BMW 5 Series Sedan


BMW bukan sekadar jenama, bahkan ianya sebagai lambang kemewahan, gaya hidup, kemegahan dan kejayaan individu.


Jika menyebut BMW ramai yang tahu bahawa kereta tersebut sudah lama mendapat reputasi tinggi dalam industri penghasilan sesebuah kereta. Pelbagai jenis model telah dikeluarkan oleh BMW mengikut citarasa pelanggannya dari model 3 Series, 5 Series, 7 Series, X series bahkan model sport dan keluaran kereta konsep menampilkan penghasilan terbaru dan teknologi terkini dari jenama tersebut.


Syarikat QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal BMW di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini turut melancarkan barisan model terbaru dengan memperkenalkan generasi ketujuh BMW 5 Series pada bulan April lalu. BMW 5 Series serba baru itu sangat sportif, elegan dan sangat bergaya bagi kereta sedan sesuai untuk peniaga yang mempunyai gaya unik dan mewah.


Keluaran BMW 5 Series serba baru ini merangkumi tiga varian iaitu BMW 520d Luxury, BMW 530i Luxury dan BMW 530i Sport, yang mana setiap varian mempunyai kelebihan tersendiri. BMW 5 Series sedan yang sudah terjual puluhan unit sejak ia dilancarkan pada bulan April lalu tampil dengan rupa lebih anggun berbanding model sebelum ini dengan kemewahan dan kualiti tinggi merupakan ciri yang tidak dapat dipisahkan.

Penulis Mantuka.com dan wakil media tempatan diberi peluang untuk membuat uji pandu BMW 5 Series terbaru itu yang telah berlangsung di Bangunan Starbucks, Beribi.



Model ini masih tampil dengan konsep model-model BMW terdahulu dengan jeriji depan, lampu LED serta reka bentuk dinamik menggariskan kemegahan kesemua model-model BMW. Melihat dari penampilan awal mengenai BMW 5 Series ini, ianya nampak elegan dan sportif tidak banyak berbeza dengan model 5 Series sebelum ini, tetapi menurut ahli QAF Auto Sdn Bhd pelbagai teknologi baru dimuatkan kedalam model ini yang jarang sekali dilihat di dalam jenama-jenama kereta lain.

Bentuk depan kereta tersebut meliputi gril chrome berbentuk buah pigang, paip exhaust chrome, tayar alloy 18 inci (BMW 520d Luxury Line) dan 19 inci (530i Luxury Line dan 530i M Sport) dan logo 'Luxury Line'. Belakang kereta itu pula menampilkan gaya sportif BMW. Tidak dilupakan model BMW baru kini dilengkapi dengan lampu LED baru memanjang hingga ke sisi kereta yang memberi visi terang terutama pada waktu malam.



Apa yang menarik 5 Series jenerasi ketujuh ini mempunyai ruang kabin begitu luas dan menampilkan kemewahan. Dengan tempat duduk kulit, pemandu dan penumpang belakang turut merasa selesa dari ruang kaki yang diperbesarkan tambahan lagi disediakan dengan kerusi urut. 

Memasuki ruang dalam kereta, BMW 5 Series ini sangat harmoni, luas dengan ruang dalam yang elegan keseluruhannya di reka dengan kulit Dakota yang berkualiti tinggi. Ruang bahagian kepala juga memberi keluasan dari atap kereta, bahagian kaki memberi banyak ruang untuk bergerak dan memberikan pemandu sangat selesa semasa membuat pemanduan seharian. Bagi pemandu yang berbadan tinggi, kereta ini tidak akan mempunyai masalah dengan ruang bahagian kepala dan kaki.



Tidak hairan, BMW sebuah kereta bereputasi tinggi ini telah dijual 7.6 juta buah unit bagi model jenerasi keenamnya dan jenerasi terbaru ini akan menuju kehadapan dengan lebih jelas mengambil hati pelanggannya. 

Kereta-kereta mewah selalunya mempunyai banyak fungsi yang mengelirukan. Tetapi BMW sama sekali memahami peranan seorang pemandu yang ingin kepada mesra pengguna, mudah alih, sempurna dan elegan. Apa yang dimaksudkan itu ialah fungsi yang mesra pengguna dengan adanya fungsi 'i-Drivemampu memberi maklumat mengenai keadaan kereta. Pemandu hanya perlu memutar menu dari konsol i-Drive dan memilih fungsi yang diingini menggunakan satu tangan sahaja.


Tambahan lagi, apa yang terdapat didalam fungsi BMW 5 Series melalui monitor dashboard seperti radio, telefon, konfigurasi, sistem Drive Assistant, Navigasi, Multimedia dan Connected Drive yang mampu memberi keselesaan dan dapat memfokus kepada pemanduan.




Apa yang penting lagi ialah sistem interaksi sentuhan optima yang pertama dalam industri automotif dan ia menawarkan kandungan langsung untuk konfigurasi peribadi. Sistem interaksi kereta akan membantu anda menumpukan perhatian memandu semasa anda berinteraksi dengan kenderaan anda. Anda juga boleh menggunakan Fungsi Sentuhan pada paparan, anda boleh menggunakan kawalan isyarat, dan selain itu BMW telah meningkatkan lagi fungsi BMW dengan adanya Bantuan Kawalan Suara.


Mengendalikan sistem Infotainment adalah menjadi lebih jelas dan lebih mesra pengguna terima kasih kepada konsep yang disesuaikan dengan kandungan secara langsung.


Semasa uji pandu itu, pengendalian kereta BMW 5 Series itu sangat memuaskan. Walaupun kereta ini besar, luas dan panjang, pemanduan terasa ringan dan sempurna. Sistem Dinamik memberi cengkaman unggul, stabil dan dinamik semasa membuat pusingan di roundabout lebuh raya Kampong Katok.

Model ini mempunyai sistem 'Integral Active Steering' yang memberikan anda ketangkasan semasa memandu, lebih stabil apabila membuat perubahan lorong dan pusingan radius yang kecil. 




Teknologi ini menggabungkan stereng roda belakang dengan sokongan yang sangat berbeza berdasarkan stereng pada tayar depan. Pada kelajuan sehingga kira-kira dibawah 60 km/j, roda belakang berpusing bertentangan dengan roda depan. Ini mengurangkan usaha yang diperlukan untuk stereng, menghasilkan respon yang selesa semasa bergerak, dan mengurangkan jejari pusingan serta meningkatkan ketangkasan kenderaan yang memuaskan. Bermula sekitar kelajuan yang lebih cepat kira-kira 60 km/j keatas, roda belakang akan mengikut gerakan roda depan seperti biasa. Ini meningkatkan kestabilan dan keselesaan terutamanya dengan perubahan lorong.


Pemandu BMW 5 Series boleh menukar system mod pengendalian menggunakan Kawalan Pengendalian Memandu yang menawarkan pemilihan antara mod COMFORT standard, Mod ECO PRO yang ditujukan kepada penjimatan minyak, dan mod SPORT yang membolehkan memandu lebih laju dan dinamik. 


Fungsi interaktif baru iaitu Mod ADAPTIVE secara berterusan akan menyesuaikan Kawalan Dynamic Damper, dimana stereng dan transmisi Steptronic akan berubah menyesuaikan keadaan memandu semasa dan memberi respon kepada perubahan stereng, kelajuan kereta, dan sistem navigasi. Mod Adaptive memastikan keseimbangan yang sempurna antara mod Comfort dan mod Sport.

Tambahan lagi, BMW 5 Series serba baru ini juga mempunyai sistem 'Driving Assistant Plus'. Baru-baru ini ramai orang telah bercakap tentang 'Memandu Secara Automatik'. Dalam ke arah matlamat ini, BMW telah menambah teknologi baru iaitu BMW Driving Assistance Plus. Salah satu ciri-cirinya ialah 'Steering and Lane Control Assistance'. Bantuan ini mengawal pemandu terutamanya di lebuh raya. Ia akan mengambil alih memandu secara separuh automatik.




Perjalanan di Kampung Katok menuju roundabout cukup menguji ketangkasan prestasi BMW 530i yang mampu mencapai kelajuan 250 km/j. penulis memandu dengan kelajuan maksima tidak merasa gegaran dan tidak merasa takut sekali pun seperti mudah untuk dikawal. peningkatan kawalan model 530i dihasilkan dari teknologi BMW TwinPower Turbo dan pengurangan berat badan kereta berkonsepkan BMW EfficientLightweight Lightweight Design.


Menurut Pengurus Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Dayang Siti Salwa binti Haji Mustapa, model terbaru ini mempunyai pelbagai kelebihan. Penggunaan aluminium dipertingkatkan dan penggunaan ‘high-strength steels’ menyebabkan berat model BMW ini berjaya dikurangkan sehingga 100 kilogram berbanding model terdahulu.

Bercakap mengenai model 520d, Varian 520d adalah keluaran versi diesel yang dilengkapi dengan 4-silinder enjin Diesel 2.0 liter yang mempunyai kuasa tork 400Nm sehingga mampu menghamburkan 190 kuasa kuda pada kelajuan 230km/j. Walaubagaimanapun, ianya mampu memberikan penjimatan minyak pada kadar 4.2 liter untuk perjalanan 100km bagi transmisi manual dan 4.1 liter bagi jarak yang sama untuk transmisi automatik lapan kelajuan. 




BMW 520d Sedan Luxury Line mempunyai prestasi yang sangat memuaskan pada ukuran kuasa kereta bahkan kelengkapkannya. Manakala varian 530i dilengkapi dengan enjin terbaru 2 liter dengan 4 silinder In-Line yang dibina untuk memberikan kuasa tork 350Nm dan pecutan dari 0 hingga 100km sejam dalam 6.2 saat dengan kelajuan tertinggi 250km/j.


Kesemua enjin barisan 5 Series sedan dimuatkan melalui unit kuasa BMW Efficient Dynamics Family, di mana kesemua modelnya dilengkapi teknologi BMW TwinPower Turbo dengan prestasi yang menakjubkan.Demi keselamatan, BMW 5 Series dilengkapi dengan 'Crossroads Warning'. Fungsi ini akan memberi amaran kepada pemandu sekiranya berlaku perlanggaran yang berpotensi dihadapan. Fungsi ini juga akan memberi prasyarat kepada sistem brek anda dan membantu anda dalam kes brek kecemasan.

Selain itu, BMW 5 Series Sedan mempunyai fungsi 'Auto Start-Stop' yang akan mematikan enjin semasa membuat perhentian sementara, fungsi ini memberi manfaat terutama berhenti semasa di lampu isyarat atau semasa dalam keadaan kesesakan lalu lintas. Walaubagaimanapun, fungsi 'Auto Start-Stop' ini boleh dihidupkan atau dimatikan mengikut keperluan pemandunya.




Bagi penulis Mantuka.com, BMW 5 Series Sedan serba baru adalah sebuah kereta yang sangat elegan, cantik, mewah dibagungkan dengan sportif sesuai bagi kegunaan perniagaan atau hidup secara bergaya. 

Manakala, Kereta 520d adalah salah sebuah kereta pilihan terbaik dalam penjimatan minyak khas untuk pemilik yang berjalan jauh, dan kereta 530i adalah pilihan baik untuk penjimatan minyak bagi perjalanan biasa dengan hanya menukar kepada mode 'Eco Pro', 530i menggunakan bahan emisi CO2 yang rendah memberi penjimatan minyak yang baik tanpa menggangu prestasi kereta walaupun pada tahap rpm yang rendah.


Untuk keterangan lanjut mengenai kereta BMW 5 Series Sedan ini, kunjungi Bilik Pameran BMW di QAF Auto Sdn Bhd, Beribi Gadong. Untuk berita kemas kini, ikuti BMW Brunei di Facebook dan Instagram @bmwbrunei.