Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, August 19, 2017

Insurance Islam TAIB General Takaful Melancarkan CARS

Insurance Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd sedar dan faham bahawa pengalaman seseorang dalam kemalangan jalanraya boleh menyebabkannya merasa tertekan dan mendatangkan kegelisahan dan keresahan.

Dengan itu, Insurance Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd telah melancarkan perkhidmatan baru semalam yang berlangsung di lokasi baru iaitu Pusat Pemedulian Kemalangan atau Accident Care Centre, ACC di kawasan perindustrian Kampong Tungku.

Acara tersebut telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd, Haji Osman binHaji Mohd Jair, Pegawai Eksekutif Bahagian Tuntutan Insurans, Haji Hamra bin Haji Yahya, dan Pegawai Bahagian Tuntutan Insurans, Ali Farihan bin Haji Jamudin.



CARS diwujudkan sebagai satu perkhidmatannilai tambah bagi tuduan membantu mengurangkan tekanan dan keresahan peserta-peserta Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd jika terlimat dalam kemalangan jalanraya.

Bagi tujuan perlaksanaan CARS, perkhidmatan ini telah dilengkapkan dengan 4 buah motorsikal dan 2 buah kereta pacuan 4 roda. Dalam masa yang sama, pengendali-pengendali CARS juga telah menjalani latihan teknikal yang komprehensif termasuklah dari aspek kesihatan, keselamatan dan pengetahuan undang-undang yang berkenaan.


Pengendali-pengendali CARS akan memberi nasihat kepada peserta-peserta Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd, memastikan keselamatan di tempat kejadian, menghubungi pihak polis dan menghubungi pihak Kemalangan dan Kecemasan, jika perlu sahaja.

Tambahan lagi, mereka juga akan mengambil keterangan dan gambar kemalangan tersebut,membantu dalam pertukaran makluman dengan pihak yang terlibat di dalam kemalangan tersebut, membantu bagi penundaan kenderaan, jika diperlukan, membuat urusan bagi pengangkutan alternatif jika diperlukan, dan memastikan hak peserta akan dijaga.

Sejak penjenamaan semula perkhidmatan bantuan dijalanraya Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd kepada I-CARE pada November 2012, selain dari memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang baru, seperti CARS, ianya juga secara langsung telah memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan yang mana keseluruhan kakitangan bahagian Pusat Panggilan (Call Centre) dan Bantuan Jalanraya (Roadside Assistance) adalah terdiri daripada anak-anak tempatan Brunei.

Pada kesempatan ini juga, Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd dengan rasminya memaklumkan pembukaan Pusat Pemedulian Kemalangan atau Accident Care Centre, ACC di kawasan perindustrian Kampong Tungku. Dengan pembukaan Pusat ini, ianya telah menjadikan Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd sebagai syarikat takaful pertama di Negara Brunei Darussalam yang menyediakan "One Stop Centre" bukan sahaja sebagai pusat laporan kemalangan atau Accident Reporting Centre, ARC, tetapi juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dan urusan tuntutan.



Pelancaran CARS dan pembukaan ACC ini adalah satu detik permulaan bagi Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd dalam mengorak langkah ke hadapan dengan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan baru lagi inovatif yang akan mempertengahkan Insurans Islam TAIB General Takaful Sdn Bhd sebagai pengendali insurans Islam yang berdaya saing, inovatif dan kreatif dalam melakar arah tuju "Beyond Takaful".

Untuk keterangan lanjut, peserta Insurans Islam TAIB General Takaful boleh mengunjungi ke Pusat Pemedulian Kemalangan di Unit 1 & 2, The Green Industrial Parkland, Simpang 128-11-26, Tungku Link atau hubungi 2428453 atau 2428454.