Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, August 18, 2017

Qaf Auto Menjemput Media Untuk Sesi Uji Pandu


Pada bulan April lalu, pengedar rasmi jenama BMW di Brunei Darussalam, QAF Auto Sdn Bhd, telah melancarkan BMW 5 Series generasi terbaru di Bilik Pameran QAF Auto, Beribi, Gadong dimana terdapat tiga jenis varian yang dilancarkan pada malam itu. Barisannya terdiri daripada 530i M Sport, 530i Luxury dan 520d Luxury.

BMW merupakan sebuah jenama yang terkenal seluruh dunia dengan kemewahan, elegan dan keanggunan yang memikat hati. Barisan model terbaru ini adalah model jenerasi ketujuh BMW 5 Series, sebuah kereta yang direka sebagai kenderaan mewah dengan kelengkapan teknologi terkini memberi apa jua permintaan bagi memudahkan perjalanan pengguna.

Model terbaru itu diperkenalkan lagi semalam kepada Mantuka.com semasa sesi uji pandu model-model 5 Series serba baru di Bangunan Starbucks, Beribi. BMW 5 Series Sedan telah berjaya menjual sebanyak 25 buah unit sejak ianya dilancarkan. 




Rupa BMW 5 Series serba baru ini lebih anggun berbanding model sebelum ini, menampakkan kepada kemewahan dan kedinamikan sebagai kereta berkualiti tinggi. Menurut Mantuka.com, model ini masih menampilkan konsep model-model BMW dari segi gril krom depan, lampu LED serta desain dinamik menggariskan lambang kesemua model-model BMW secara mudah mengenal kenderaan buatan BMW walaupun dari jarak jauh.

Menurut Pengurus Pemasaran QAF Auto Sdn Bhd, Siti Salwa binti Haji Mustapa, Model terbaru ini, mempunyai pelbagai kelebihan dari segi reka bentuk dan berat badan yang lebih ringan dibawah konsep BMW Efficient Light Weight penggunaan aluminium dipertingkatkan dan besi menggunakan high-strength steels, walaubagaimanapun model terbaru ini mempunyai pengurangan berat sehingga 100 kilogram dari model pendahuluannya.

Keluaran BMW 5 Series serba baru merangkumi tiga varian iaitu BMW 520d Luxury, BMW 530i Luxury dan BMW 530i Sport yang mana setiap varian mempunyai kelebihan tersendiri.

Kesemua enjin barisan 5 Series Sedan dimuatkan melalui unit kuasa BMW Efficient Dynamics family yang mana kesemua model dilengkapi dengan teknologi BMW TwinPower Turbo dengan prestasi menakjubkan. 




Enjin terbaru 2 liter 4 silinder sebaris di dalam BMW 530i dibina memberi kuasa tork kepada 350Nm memberi akselerasi dari 0 hingga 100 km/j pada 6.2 saat menuju kepada 250 km/j kelajuan tertingginya.

Selain itu, varian 520d adalah keluaran versi Diesel mempunyai kuasa tork 400 Nm memberi kelajuan maksima kepada 190 kuasa kuda iaitu pada 230 km/j keatas tetapi memegang penjimatan minyak dan emisi CO2 pada kadar 4.2 I/100 Km bagi transmisi manual atau 4.1 I/100 Km bagi transmisi automatik 8-kelajuan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model BMW 5 Series terbaru ini, ikuti keluaran berita uji pandu Mantuka.com dalam minggu ini.