Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, May 20, 2017

Pelancaran Volkswagen Passat 2017


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Maju Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Volkswagen di Brunei Darussalam telah melancarkan Volkswagen Passat baru untuk orang ramai pada hari Sabtu, 20 Mei 2017 yang berlangsung di Bilik Pameran Volkswagen, Telanai.

Hadir bagi menyempurnakan pelancaran berkenaan ialah Pengarah Urusan Maju Motors Sdn Bhd, Dr. Chan Sui Kiat. Pengarah Urusan Maju Motors, Stefanie Chan, telah memperkenalkan Passat baru yang terdiri dari Passat 1.8TSI Comfortline bersama-sama dengan Passat 2.0TSI Exclusiveline dan Passat Variant 2.0TSI R-Line.




Pengurus Besar Maju Motors, Malcolm Wong dalam ucapannya berkata, Volkswagen Passat serba baru ini kini mempunyai bentuk lebih moden, canggih dan dinamik yang menampakkan gabungan antara kereta kelas sederhana dan premium. Beliau juga memberi gambaran umum tentang Passat baru dengan memberikan sejarah yang ringkas mengenai Volkswagen Passat sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1974 dan berapa banyak teknologi telah maju dalam pembinaan Volkswagen Passat baru yang diumumkan baru-baru ini. Malcolm Wong juga mengucapkan tahniah kepada lapan pelanggan yang pertama menjadi pemilik awal Volkswagen Passat baru sebelum pelancaran awam.

Semasa pelancaran itu, Maju Motors menawarkan tiga versi bagi pelanggan Brunei, Passat 1.8 TSI bagi model standard; Passat 2.0 TSI sebagai model eksklusif dan Passat 2.0 TSI R-Line yang lebih sportif dengan reka bentuk pakej R-Line dan gril depan logo R-Line.




Para tetamu juga mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan untuk mengetengahkan beberapa ciri-ciri utama yang dijelaskan seperti kerusi ergoComfort bagi pemandu yang terdapat di ketiga-tiga baris Passat baru serta penghantaran tork berbeza daripada dua kuasa kuda itu (tork 280Nm) 1.8TSI dan 2.0 TSI (tork 380Nm) enjin ditawarkan. Tetamu yang mengambil bahagian membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $100 tajaan Baiduri Finance Berhad dan juga baucar membeli-belah bernilai $50 tajaan BIBD At-Tamwil.



Pelancaran itu disusuli dengan sesi ujian pandu dimana pengunjug dapat mengalami sendiri Volkswagen Passat baru.

Ikuti Volkswagen Brunei di Facebook (VolkswagenBN) dan Instagram (@volkswagenbrunei) untuk terus berhubung dan dikemas kini untuk persembahan terbaru oleh Maju Motors Sdn Bhd. Orang ramai boleh menghubungi Maju Motors Sdn Bhd di talian 2655111 atau layari Volkswagen.com.bn untuk membuat tempahan ujian memandu atau untuk sebarang pertanyaan.