Mantuka

Wednesday, May 17, 2017

CX-5 Serba Baru di The Mall, Gadong


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif jenama kereta Mazda di Brunei Darussalam, kini mengadakan jerayawara Mazda di The Mall, Gadong dari 17hb hingga 21hb Mei 2017 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Dalam jerayawara ini juga, Grand Motors Sdn Bhd mempamerkan keluarannya terbaru iaitu Mazda CX-5 termasuk barisan Mazda SKYACTIV yang lain iaiu Mazda2, Mazda3, Mazda6, dan Mazda CX-3.



Dengan slogan “Zoom-Zoom” jenama kereta Mazda membuktikan sebuah kereta yang semakin berprestij mempunyai bentuk badan sportif, bergaya dan bertaraf tinggi.

Mazda sentiasa menuju kehadapan untuk memberi apa yang terbaik bagi pelanggannya, apa yang dimaksudkan itu ialah keyakinan, keselesaan dan perjalanan dengan penuh kemudahan diberikan didalam sesebuah model Mazda. Tambahan lagi, setiap Mazda juga dijurutera dengan keselamatan yang proactive bagi memberikan keselamatan tidak mengira masa.



Oleh itu, Mazda memperkenalkan model terbarunya a ‘CX-5’ serba baru, sebuah model yang lebih dinamik dan lebih besar yang kini boleh diperolehi di Negara ini dibawah syarikat Grand Motors Sendirian Berhad.

Model terbaharu ini jika dilihat masih mengenali sesebuah kereta Mazda, tetapi dilihat dari penampilannya ianya diubah menjadi model elegan dengan gril besar dan logo Mazda terkeluar menonjol kedepan.



CX-5 sebuah kereta dibawah Sport Utility Vehicle (SUV) direka bentuk ke tahap yang baru. Dengan bertemakan ‘KODO – Soul of Motion’, CX-5 tidak akan mengecewakan anda seperti desain yang cantik, mempunyai rupa bentuk yang elegan  berlainan dari model-model yang ada, apatah lagi teknologi keselamatan yang tinggi dan canggih membuatkan kereta ini satu-satunya yang mempunyai segalanya.

Dari segi keselamatan, teknologi terbaru yang diperkenalkan didalam kereta ini ‘i-ACTIVSENSE’ sebagai teknologi keselamatan yang aktif termasuk ‘sistem amaran perlepasan lorong’ (LDWS), ‘sistem amaran obstruktif di hadapan’ (FOW), sistem kawalan lampu tinggi (HBC) dan Blind Spot Monitoring System (BSM). 



Selain itu, CX-5 dilengkapi dengan Sensor letak kereta, sistem monitor belakang dan teknologi kawalan G-Vectoring (GVC) yang memberi bantuan semasa memusing stereng dengan lebih selesa dan respon pusingan yang lebih baik. 

CX-5 turut dilengkapi dengan sistem infotainment yang dipertingkatkan direka untuk apa jua kegunaan. Ini termasuk USB, AUX jack, sistem audio dan Bluetooth yang boleh berhubung dengan telefon pintar dan speech recognition. Tambahan model serba baru ini dilengkapi dengan sistem audio jenama BOSE.




Antara fungsi-fungsi keselamatan terbaru kawalan titik buta (BSM) yang memberi amaran awal mengenalpasti kenderaan disisi titik buta, sistem amaran perubahan jalan, Smart City Brake Support, sistem bantuan berhenti kecemasan semasa berundur dalam kelajuan diantara 2 – 8 km/h. selain itu, bag udara keselamatan dilengkapi di bahagian depan pemandu, penumpang depan dan sisi belakang.

Grand Motors Sdn Bhd menawarkan CX-5 serba baru ini yang dilengkapi dengan enjin kuasa tinggi Skyactiv-G 2.5 litre i-Activ All Wheel Drive (AWD) yang mampu menyalurkan kuasa torque yang tinggi bagi kereta yang mempunyai enam kelajuan dibawah diteknologi Skyactiv-Drive.

Pengunjung juga boleh menjalankan uji pandu sama ada model Mazda CX-5 serba baru atau Mazda CX-3 terbaru.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kereta Mazda CX-5 ini, orang ramai boleh mengunjungi jerayawara tersebut dari jam 10 pagi hingga 10 malam atau mengunjungi Bilik Pameran Mazda, Syarikat Grand Motors di Beribi semasa waktu bekerja.