Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, April 25, 2017

Vespa Dilancarkan Oleh Grand Motors Sdn Bhd


Untuk berita versi Inggeris, sila klik di sini.

Skuter kini menjadi tarikan ramai di Negara Brunei Darussalam, skuter berjenama dan klasik juga menjadi tumpuan penunggang motosikal bukan sahaja ianya mempunyai cc kelajuan rendah, ianya juga mempunyai gaya hidup masing-masing.



Seperti jenama skuter ikonik Vespa yang dikeluarkan oleh Kumpulan Piaggio, Itali, kini mereka boleh memiliki ikon stail terkenal dan gaya hidup, apabila Grand Motors melancarkan serta mengedarkan barisan skuter Vespa bagi pasaran Negara Brunei Darussalam.





Bagi Grand Motors, ia merupakan satu mercu tanda yang amat signifikan bagi syarikat berkenaan kerana ia mampu untuk membawa masuk jenama Vespa ke pasaran Brunei untuk pelanggan-pelanggannya di mana Vespa mempuyai penggemarnya yang tersendiri serta mempunyai khazanah sejarah yang kaya.  

Sehubungan dengan itu, Grand Motors Sdn Bhd melancarkan barisan skuter Vespa ke pasaran Brunei dengan majlis yang diadakan di Dewan Pameran Grand Motors Sdn Bhd, Beribi, kelmarin.










Di majlis berkenaan, pengarah-pengarah serta kakitangan Grand Motors Sdn Bhd mengalu-alukan pada jemputan serta penggemar Vespa untuk menyaksikan sendiri barisan skuter Vespa serta untuk mengambil bahagian dalam acara Vespa Ride yang dianjurkan khusus untuk pelanggan dan pemilik Vespa di Brunei.

Menurut mereka, kemasukan Vespa ke pasaran Brunei merupakan satu kejayaan bagi syarikat berkenaan di mana ia terus mendapat sokongan yang amat menggalakkan bukan sahaja daripada pihak Vespa tetapi juga pelanggan di Brunei di mana dalam masa beberapa bulan, kesemua stok Vespa telah habis di jual.





Pihak Grand Motors menyatakan bahawa mereka sedang menanti bagi kehadiran lebih banyak skuter Vespa bagi memenuhi permintaan yang kuat pasaran.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dengan model-model Vespa yang dijual, mereka boleh berkunjung ke Dewan Pameran Grand Motors, Beribi.