Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 29, 2017

Suzuki Ignis Dilancarkan


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Boustead Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Suzuki di Brunei telah melancarkan Suzuki Ignis terbaru semalam dalam majlis yang telah berlangsung di Bilik Pameran Suzuki, Beribi Gadong.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Divisyen Automobil Asia dari Suzuki Motor Corporation Jepun iaitu Minoru Amano.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai dan Penolong Pengurus Divisyen Automobil Asia dari Suzuki Motor Corporation Jepun, Takaaki Kurihara.



Pengurus Lepas Jualan Boustead Sdn Bhd, Chan Chee Seng di awal majlis telah menjelaskan bahawa Suzuki Ignis sesuai untuk semua lapisan masyarakat. "Di tengah-tengah konsep Ignis yang terbaru ini adalah kepercayaan Suzuki bahawa orang ramai patut boleh menikmati respon yang lancar, pengalaman memandu kereta yang menyeronokkan dan permotoran yang mesra alam tanpa mengorbankan gaya, keselesaan, praktikal atau prestasi."



"Suzuki Ignis bukan sahaja dipercayai tetapi juga mampu milik. Kemampuannya tidak hanya pada harga tetapi juga sebagai kenderaan harian dengan penggunaan bahan api yang baik," tambahnya lagi.

Suzuki Ignis merupakan kenderaan crossover mini yang menampilkan reka bentuk moden dan dikuasakan enjin K12M dengan anjakan 1,197cc, In-Line 4-Cylinder dan 16 injap.



Enjinnya mempunyai teknologi pelbagai injap dan menghasilkan kuasa 62kW pada 6,000 rpm dan 115Nm tork pada 4,200 rpm.

Dalam gabungan kitaran bahan api, auto CVT mampu mencapai kecekapan bahan api sebanyak 4.9 liter/100km.

Pelanggan juga diberikan pilihan warna tunggal atau dua nada warna, bergantung kepada pilihan pelanggan.



Dengan ground clearance setinggi 180mm (7 inci), Ignis baru berkenaan akan dapat mengharungi sebilangan jalan yang lebih sukar, manakala kedudukan memandu yang dinaikkan akan memberikan penglihatan yang baik terhadap apa yang ada di hadapan. Kereta ini juga mampu membawa kargo sehingga 267 liter.

Suzuki Ignis adalah pilihan yang tepat bagi pelanggan yang mencari crossover mini yang kompak dan progresif serta bertenaga dan dinamik dalam kelasnya. Untuk keterangan lanjut, pelanggan yang berminat untuk melihat Ignis terbaru dengan lebih dekat boleh mengunjungi Bilik Pameran Suzuki.