Mantuka

Sunday, April 23, 2017

Ekspo BETTER ke-2 di Mall Gadong hingga 7 Mei


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Sewa Kereta Better semalam melancarkan Ekspo Better ke-2 bertempat di Mall, Gadong dengan menyediakan produk sistem pengguna kereta sewa terbaru dengan pelbagai kemudahan dan manfaat.

Pelancaran Ekspo Better ke-2 ini dirasmikan oleh, Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Dr Haji Sufry bin Awang Ladi.

Jerayawara berkenaan mempamerkan pelbagai jenis jenama kereta mewah dan sederhana termasuk Audi, BMW Toyota, Hyundai dan Volkswagen.

Menurut Pengarah Urusan BIBD dan juga selaku Pengerusi Better, Mobashar Khohar, Better telah dialu-alu dengan cukup menggalakkan daripada orang ramai, di mana Better kini menyediakan pelbagai pakej baru seperti Pakej Unlimited Mileage bersama dengan cagaran keselamatan yang rendah yang mana diharap akan dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan bijak. Jerayawara dan Ekspo ini berlangsung pada hari ini hingga 7 May 2017.




Dengan menyediakan beberapa pakej berkenaan, para penyewa juga berpeluang untuk memilih kereta-kereta kesukaan mereka tanpa melalui pengurusan yang rumit, iaitu hanya cukup dengan menyediakan kad pengenalan pintar, kad kredit, dan seterusnya memandu kereta yang disukai.

Mobashar juga berkata, Pelan Sewa Kereta Better juga membolehkan para penyewa memilih pakej sewaan yang terbaik bagi mereka. Dengan sistem pelan Pay-As-You-Go, Pelanggan tidak akan terikat dan mereka dengan mudah untuk memilih berapa lama pelan sewa yang diperlukan daripada Syarikat Better.




“Saya juga difahamkan bahawa, pada bulan Januari yang lalu, Aplikasi Better telah dianugerahkan sebagai Mobile Excellence Award dalam kategori “Best Campaign Direct Response dan juga dalam Kategori “Informative use of Mobile Technology” yang mendahului peserta-peserta lain seperti DBS dan OUB. Dalam kesinambungan ini, Better akan memperkenalkan ciri-ciri terbaru kepada Aplikasi Mudah alih Better.

Beliau juga berkata, setakat ini produk Syarikat Better telah mendapat sambutan yang cukup menggalakan daripada korporat swasta dan kerajaan, dan juga penduduk Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu, menurut kenyataan Syarikat Better, sistem penyewaan kereta Better adalah sangat mudah, pelanggan tidak lagi perlu melalui pelbagai urusan. Syarikat better juga menawarkan pengurusan penyelengaraan kereta

Awang Mohd Firdaus bin Haji Mukim, Ketua Pegawai Operasi, Better berkata, Pelan sewa kereta Better juga membolehkan para penyewa memilih pakej sewaan yang terbaik bagi mereka. Better kini juga menawarkan cagaran keselamatan serendah $1 untuk kereta-kereta tertentu dan juga hanya untuk pegawai dan kakitangan kerajaan sahaja.

Manakala, pakej unlimited mileage pula terbuka kepada semua pelanggan, di mana para pelanggan hanya perlu membayar wang pendahuluan dan mendapatkan Pakej Unlimited Mileage.

Beliau juga berkata, antara lain tujuan Ekspo ini diadakan adalah untuk mendedahkan jenama Better kepada orang ramai dan untuk memperkenalkan produk-produk terbaru seperti produk Unlimited Mileage dan Cagaran Keselamatan $1.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh mengunjungi ke jerayawara tersebut di The Mall, Gadong hingga 7hb Mei 2017.