Mantuka

Sunday, January 15, 2017

Tuah tidak akan kemana-mana



Haji Mohammad @ Haji Ali Bin Haji Puting mewakili anaknya  Mohd Rafiuddin Bin Hj Mohammad tidak menyangka menjadi pemenang hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Carnival 2.2L SX (A) CRDi pagi tadi dalam Cabutan Akhir ‘Ulang Tahun KIA ke-20 tahun’ setelah berjaya menghidupkan kunci kereta tersebut.

Menurut Haji Mohammad, Mohd Rafiuddin baru sahaja membeli kereta KIA baru-baru ini dan menjadi salah seorang dari peserta yang layak untuk menyertai cabutan utama pada hari ini.

 “Anak saya tidak dapat untuk menghadiri cabutan tersebut dan saya sebagai ayah beliau mewakili cabutan dan tidak semana-sama rezeki kepada anak saya. saya tidak menyangka untuk membawa balik sebuah kereta lagi dan sekaligus sangat gembira untuk beliau. 

Manakala, Suhardi bin Haji Asli sebagai pemenang ditempat kedua berjaya membawa balik tiket pelancongan lima hari empat malam ke Seoul, Korea Selatan untuk dua orang. 18 peserta lainnya turut memenangi hadiah lainnya  berupa produk jam tangan, gajet jenama Apple, gajet jenama Samsung dan LG LED TV 55”.

Hadiah-hadiah telah disempurnakan penyampaiannya oleh Pengurus Jualan Baiduri Finance, Haji Mohd Ali bin Haji Metussin dan penolong Pemasaran dan Pengurus Perhubungan Awam BIBD At-tamwil Berhad, Asharul bin Norshahari Kamaluddin berlangsung di Bilik Pameran KIA, Beribi. Hadiah utama disampaikan oleh Pengurus Jualan KIA, Grand Motors Sdn Bhd, Jacqueline Koh.

Seramai 400 penyertaan pelanggan dari Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait menyertai promosi ‘Ulang Tahun KIA ke 20 tahun’ yang telah membeli kereta jenama KIA dari 1 September hingga 31 Disember 2016 lalu.