Mantuka

Tuesday, January 10, 2017

20 pelanggan terpilih program cabutan awal promosi ‘Ulang Tahun KIA ke-20 tahun




20 pelanggan terpilih dalam program cabutan awal promosi ‘Ulang Tahun KIA ke-20 tahun’ yang diadakan pagi tadi di bilik Pameran KIA, Beribi.


Cabutan-cabutan pelanggan terpilih itu disempurnakan oleh wakil-wakil perbankan dari Pegawai Jualan Baiduri Finance, Mohammad Saabeq Chong B Haji Mohd Zaini dan Pengurus Jualan Luar BIBD At-Tamwil Berhad, Mohamd Asmali bin Razali.

Mereka akan dihubungi untuk mengikuti cabutan akhir promosi ‘Ulang Tahun KIA ke 20 tahun’ pada 13 Januari ini nanti diadakan di tempat yang sama untuk mengetahui pelanggan mana yang akan memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama berupa sebuah kereta KIA Carnival 2.2L SX (A) CRDi.


Seramai 400 penyertaan pelanggan dari Bandar Seri Begawan dan Kuala Belait menyertai promosi ‘Ulang Tahun KIA ke 20 tahun’ yang telah membeli kereta jenama KIA dari 1 September hingga 31 Disember 2016 lalu. Selain memenangi sebuah kereta jenama KIA, pelanggan-pelanggan terpilih itu akan berpeluang memenangi hadiah lainnya  berupa produk Apple, gajet Samsung dan melancong ke Seoul ,Korea Sealatan untuk dua orang.