Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, January 21, 2017

Tawaran Terbaik dari BETTER di Pesta Pengguna 19

Sempena dengan Pesta Pengguna ke-19 yang berlangsung di Pusat persidangan Antarabangsa, Berakas, Syarikat Better Sendirian Berhad turut menyertai pesta berkenaan dengan mempamerkan model-model terkini yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

Sebanyak 15 model pelbagai jenama dipamerkan dikawasan Zon biru termasuk jenama Vollkswagen seperti Vento, Scirocco, Toyota Fortuner, Vios, Audi A4, Hyundai Creta dan BMW 520 dan 320.

Semasa pesta Pengguna ini dijalankan, Better turut mengadakan promosi terbaik bagi pelanggan yang ingin menyewa kereta-kereta Better Sdn Bhd, yang mana jika melanggan akan menerima mileage percuma, potongan B$50 bagi 12 bulan perjanjian dan baucer membeli-belah Hua Ho bernilai B$500.

Menurut Jurucakap Syarikat Better Sdn Bhd, tujuan pameran Better ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada orang ramai mengenai produk-produk yang ditawarkan setentunya memberi kemudahan dan fleksible menggunakan kereta dari syarikat Better.


Syarikat tersebut akan berada di Pusat persidangan Antarabangsa dari 18 hingga 22 Januari ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.