Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 18, 2016

Pusat Automagination menyediakan produk berjenama




Pusat Automagination dibuka baru-baru ini dengan mengadakan majlis pelancarannya di Pusat berkenaan terletak di Kawasan Perindustrian Lambak Kanan.

Pelancaran tersebut menyaksikan penyampaian oleh Pengarah Produk Automagination, Calvin Lo mengenai fungsi pusat berkenaan sebagai pusat jualan tayar, rim, aksesori dan pemasangan alat di fasiliti pemasangan yang dikhaskan.

Pusat tersebut membawa pelbagai produk berjenama seperti TEIN, kedai ECU, ARB/Old Man EMU, Proform, 3M, Yokohama, Neuton dan Achilles.

Jurucakap Pusat Automagination, Lim Jin Lee berucap, banyak jenama kami sudah lama dipasaran sejak beberapa tahun, dan kami disini untuk memberi layanan pemilik kereta dalam meningkatkan pengalaman pemanduan dan keselamatannya.


“Kami yakin jenama dan peminat kereta akan mendapat produk berkualiti tinggi dengan harga berpatutan”.