Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, December 18, 2016

Miliki BMW X1 serba baru

Miliki  BMW X1 terbaru yang tampil lebih anggun tahan dan mewah. Kini BMW kereta buatan Jerman lebih berteknologi tinggi dan memahami kehendaki pengguna terutama dalam perjalanan sama ada di jalan raya atau luar jalan raya.

BMW X1 serba baru ini didatangkan dengan dua varian iaitu yang digerakkan oleh enjin ‘X1 sDrive 20i XLine’ dan ‘X1 sDrive 20i Sport Line’ empat silinder berkuasa petrol dengan tambahan ‘Twin Scroll Turbo’ yang mampu menghamburkan lebih 200 kuasa kuda.

Model X1 SAV Sport Line ternyata menawarkan persekitaran yang mewah bersama kelengkapan canggih dengan inovasi teknologi BMW Efficient Dynamics.

BMW melalui model ini benar-benar menyediakan pengalaman pemanduan yang menakjubkan dan selesa kerana ruangnya yang luas dengan kawalan yang begitu responsif.

Model X1 dilengkapi transmisi automatik teknologi Steptronic lapan kelajuan dengan mempunyai sistem penjimatan minyak yang boleh diaktifkan menerusi mode ECO pada punat ‘Driving Experience’. Pilihan ini juga membantu mode pemanduan di kawasan berbukit tanpa menjejaskan kuasa kudanya.

Kereta ini juga didatangkan dengan sistem navigasi profesional ‘Route-Ahead Assistant’ bersuara untuk mengenal pasti laluan tepat bagi memberikan pengalaman perjalanan terbaik menuju destinasi yang diingini.

Di samping itu, QAF Auto Sdn Bhd turut memperkenalkan kelengkapan Suspensi Adaptive Comfort pada model ini bagi menawarkan kombinasi pemanduan dinamik dan keselesaan paling optimum termasuk fungsi ‘Dynamic Damper Control’ dan suspensi belakang pneumatik dengan pelaras automatik.

Fungsi seperti ‘Anti-Dazzle High-Beam Assistant’ pula membolehkan pemanduan pada waktu malam menjadi lebih mudah dan selamat. Sistem ini mengelak daripada pancaran cahaya lampu tinggi secara optimum kepada pengguna jalan raya yang lain.

Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan kamera undur dan ‘Parking Distance Control’ bagi membolehkan pemandu melihat persekitaran jelas semasa berundur.

Sempena Ulang Tahun ke-20 BMW, QAF Auto Sdn Bhd mengumumkan kepada orang ramai promosi eksklusif akhir tahun yang mana kesemua pelanggan yang membeli kereta BMW bermula hari ini akan menikmati 5 tahun BMW Service Plus Repair Inclusive (BS+RI).

Jika membeli kereta BMW sebelum akhir Disember ini nanti, pelanggan akan menerima tiket pulang balik untuk dua orang termasuk tempat penginapan sama ada ke Melbourne, London atau Munich tertakluk pada model yang dibeli.

Pelanggan yang membeli kereta BMW secara automatik layak untuk mengikuti cabutan bertuah untuk memenangi hadiah istimewa berupa Macbook Pro, iPhone 7, iPad Pro, baucar membeli-belah bernilai $500 atau baucar BMW Lifestyle bernilai $500 dan baucar cenderamata BMW.