Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, December 9, 2016

Pelancaran DS Automobile


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Jenama Citroen bekas pemegang kenderaan jenama premium – DS Automobiles secara rasminya diasingkan dari syarikat naungan (Citroen) pada tahun 2014 menjadikan sebagai DS Automobiles kategori model premium.

Dengan pengasingan itu, Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar utama DS Automobiles secara rasminya melancarkan jenama barunya hari ini di Mall Gadong dengan mengadakan jerayawara jenama ‘DS Automobiles’ di The Mall, Gadong.

Dengan pelancaran jenama baru ini, DS Automobiles memperkenalkan dua model terbarunya iaitu DS5 dan DS4 Crossback. Kedua buah model ini adalah perubahan dari model sebelumnya yang diubah dari segi gril depan, dalaman, kelengkapan teknologi dan desain yang lebih dinamik.



Model DS5 serba baru seperti biasa, model ini nampak sebuah kereta model premium sesuai untuk bergaya, bersukan atau menampilkan kepada kemewahan. 




Rupa bentuk sportif dinamik menjadikan model ini pilihan ramai, selain mempunyai ruang dalam yang luas, ianya dilengkapi dengan teknologi terkini bagi kemudahan pemandunya. 

Manakala, DS4 Crossback serba baru memasuki ke pasaran Brunei melalui pengedar tunggal Ds Automobiles, Grand Motors Sdn Bhd dan peniaga, Auto Makmur Sdn Bhd.



DS4 Crossback model terbaru ini direka sebagai sebuah kereta versi Coupe yang mempunyai ruang yang luas memberikan empat tempat duduk selesa, kereta mewah ini bukan sekadar kereta biasa bahkan rekan bentuknya yang unik seolah-olah kereta yang berkonsepkan kepada futuristic.

Reka bentuk luarannya sangat sportif dan rekaan jeriji eksklusif Citroen dengan kemasan perak di bumper hadapan yang cukup menonjol serta logo DS di hujung hood selain dilengkapi lampu LED siang di bahagian lampu kabus.



Kereta ini bukan sahaja mempunyai ruang yang luas, ianya juga mampu membuka bumbung panorama yang boleh dibuka sehingga ke belakang boleh menampakkan ruang kabin yang lebih lapang sesuai untuk memberi pengalihatan luas kepada pemandu dan penumpang hadapan.

Orang ramai boleh mengunjungi kereta-kereta DS Automobiles dijerayawara Grand Motors dari 7 hingga 11 Disember di The Mall, Gadong.