Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, October 29, 2016

Jelajah & Uji Pandu Kia ke-5 di KB Sentral



Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Sila ambil perhatian semua penggemar-penggemar kereta, penantian yang di tunggu akan datang, Jelajah & Uji Pandu Kia kembali sekali lagi di Brunei dan untuk kali kelima di Pusat Membeli-belah KB Sentral, Kuala Belait dari 29 hingga 30 Oktober 2016 dari 10 pagi hingga 10 malam. Pusat membeli-belah itu padat dan sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang boleh melihat dengan lebih dekat lagi model-model keluaran kereta Kia!

Tetapi bukan hanya mereka yang lalu-lalang dapat melihat lebih dekat kereta-kereta tersebut, tetapi mereka juga berpeluang untuk uji pandu dan membawa pulang beg eksklusif UEFA EURO 2016 secara percuma kepada pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model Kia pada 30 Oktober 2016 di  Pusat Membeli-belah KB Sentral, Kuala Belait dari jam 10 pagi hingga 3 petang nanti!

Ini adalah jerayawara kelima yang dirancang bagi semua pelanggan Kia sepanjang tahun. Pelanggan yang membeli mana-mana model Kia juga akan berpeluang untuk memenangi sebuah Kia Grand Carnival 2.2L SX (A) CRDi 8-penumpang sempena promosi Ulang Tahun Kia ke-20.

Jadi sila catatkan tarikh tersebut dalam perancangan anda dan rancang perjalanan ke Pusat Membeli-belah KB Sentral untuk melihat kereta-kereta Kia sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ketika anda membuat uji pandu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook Kia di http://www.facebook.com/Kiabrunei dan juga Instragram @kiabrunei bagi maklumat terkini.