Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, October 6, 2016

Fazulreen Sdn Bhd sebagai Pusat Perkhidmatan Grand Motors di Seria dan KB



Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

 Syarikat Grand Motors hari ini secara rasminya melantik Syarikat Fazulreen Sdn Bhd sebagai Pusat Perkhidmatan Grand Motors Sdn Bhd bagi pelanggan di Seria dan Kuala Belait.

Dengan adanya Pusat Perkhidmatan ini, syarikat tersebut akan memberi layanan kepada pelanggan keperluan selepas jualan termasuk penyelenggaraan, pembaikan dan alat keperluan pelanggan di daerah tersebut.

Pengarah Urusan Grand Motors, Frankie Ho berkata, “Syarikat kami sukacita dapat memberikan perkhidmatan dan membawa pelanggan lebih dekat dengan kami”.



“Ia selaras dengan Sambutan Ulang Tahun Kia ke-20 di Brunei Darussalam. Selama 20 tahun Syarikat Grand Motors membawa jenama kepada menyalurkan pengalaman berinspirasi pergi tanpa luar jangkaan”.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Kia Motors Corporation – Asia Regional Headquarters, Steve Lee, Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho dan Pengarah Eksekutif Grand Motors, Pengiran Haji Abdul Qahar bin PSD Maj Gen (B) Pengiran Haji Ibnu Basith dan Ekekustif Grand Motors, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr. Haji Ahmad.