Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta jenama Kia di Brunei Daussalam sekali lagi membuat jerayawara Kia on Tour 2016 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square dari 23hb hingga 25hb September ini.
Jerayawara selama tiga hari itu bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam sebagai kempen secara global Kia, memberi orang ramai membeli-belah sambil menyaksikan pelbagai barisan kereta model terbaru jenama Kia terdiri daripada model Optima, Cerato, Sportage, Picanto, Rio dan Sportage yang dipamerkan sebagai model-model terbaru yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam.

Bersempena dengan kedatangan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Kia, setiap pembelian kereta Kia dari 1 September hingga 31 Disember ini, pelanggan akan layak untuk mengikuti cabutan bertuah tahun depan yang mana berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Kia grand Carnival.
Selain itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai aktiviti uji pandu pada 25 September ini di Kelab tennis Brunei bermual dari 8 pagi hingga 12 tengahari yang mana pelanggan yang menjalankan uji pandu pada hari itu nanti akan menerima cenderamata eksklusif Kia.