Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, September 20, 2016

Jelajah & Uji Pandu Kia di Times Square


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Sila ambil perhatian semua penggemar-penggemar kereta, penantian yang di tunggu akan datang, Jelajah & Uji Pandu Kia kembali sekali lagi di Brunei dan untuk kali keempat di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas dari 23 hingga 25 September 2016 dari 10 pagi hingga 10 malam. Pusat membeli-belah itu padat dan sibuk dengan pelanggan-pelanggan yang melihat lebih dekat lagi model-model keluaran kereta Kia!

Tetapi bukan hanya mereka yang lalu-lalang dapat melihat lebih dekat kereta-kereta tersebut, tetapi mereka juga berpeluang untuk uji pandu dan membawa pulang beg eksklusif UEFA EURO 2016 secara percuma kepada pelanggan yang membuat uji pandu mana-mana model Kia pada 25 September 2016 di Kelab Tennis Brunei berdekatan Stadium Negara Hassanal Bolkiah dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari!


Ini adalah jerayawara keempat yang dirancang bagi semua pelanggan Kia sepanjang tahun. Pelanggan yang membeli mana-mana model Kia juga akan berpeluang untuk memenangi sebuah Kia Grand Carnival 2.2L SX (A) CRDi 8-penumpang sempena promosi Ulang Tahun Kia ke-20.

Jadi sila catatkan tarikh tersebut dalam perancangan anda dan rancang perjalanan ke Times Square dan Kelab Tennis Brunei untuk melihat kereta-kereta Kia sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik ketika anda membuat uji pandu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook Kia di http://www.facebook.com/Kiabrunei dan juga Instragram @kiabrunei bagi maklumat terkini.