Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, May 31, 2016

Jerayawara Citroen Mendapat Sambutan

Syarikat Auto Makmur Sdn Bhd selaku pengedar kereta jenama Citroen di Brunei Darussalam telah mengadakan jerayawara selama tiga hari dari 27 hingga 29 May lalu di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas.

Citroen sudah lama diiktiraf bagi reka bentuk yang canggih dan kejuruteraan pintar adalah sebahagian daripada Kumpulan PSA, yang merupakan pengeluar Eropah kedua terbesar kereta dan pengeluar utama kenderaan komersil ringan.

Di jerayawara tersebut, Citroen Brunei mempamerkan keluarannya seperti DS3, DS4 dan DS5. Di samping itu juga, Citroen Grand C4 Picasso juga disediakan untuk pelanggan yang ingin mengambil pengalaman memandu sebuah Citroen. Ramai pengunjung mengambil kesempatan untuk membuat uji pandu Citroen yang telah berlangsung selama sehari dua hari itu di Times Square, Berakas.


Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Auto Makmur Sendirian Berhad akan berjalan bermula 7 Disember 2015 hingga 31 Julai 2016 nanti untuk memberi peluang memenangi hadiah berupa sebuah kereta Citroen DS3 secara percuma. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan Ogos 2016 nanti.

Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao mengadakan kempen ini untuk memberi kesedaran akan kehebatan kereta-kereta jenama Citroen, disamping itu untuk meningkatkan lagi jualan kereta-kereta jenama Perancis ini.