Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, May 30, 2016

KIA on Tour di Tutong


Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta jenama Kia di Brunei Daussalam sekali lagi membuat jerayawara Kia on Tour 2016 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Hua Ho Petani, Tutong dari 28hb hingga 29hb Mei 2016 dari 10 pagi hingga 10 malam.

Di jerayawara dua hari itu, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pelbagai barisan kereta KIA seperti Carens, Optima, Cerato, Sorento, Grand Carnival, Picanto dan Sportage yang dipamerkan sebagai model-model terbaru yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam.


Selain itu, pengunjung dijemput untuk menyertai uji pandu mana-mana model Kia pada 29hb Mei yang telah berlangsung di tempat yang sama dan pelanggan yang membuat uji pandu diberi barangan UEFA EURO 2016 eksklusif yang terhad mulai 9 pagi hingga 3 petang tadi.

Bagi menyebarluaskan lagi usaha peningkatan jenama KIA melalui tajaan sukan global, Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam menyokong rakankongsi (partnership) mereka EUFA EURO 2016 acara bolasepak terbesar di Eropah dengan mengadakan program KIA Lucky Drive to France yang bertujuan untuk mempertingkatkan inisiatif pemasaran sukan KIA dan memperkaya pengalaman pemanduan pelanggan.




“KIA sentiasa mengenai kuasa untuk mengejutkan. Dengan promosi ini, kami berharap untuk memberi kuasa kepada pelanggan memenuhi impian dan mengejar apa yang mereka inginkan,” kata Pengarah Urusan Grand Motos Sdn Bhd, Frankie Ho.

Jaminan global KIA adalah untuk melebihi jangkaan pelanggan dengan menyediakan pengalaman memandu yang luar biasa dan inovasi automotif berterusan.