Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, July 3, 2016

Hyundai menambah produksi kereta Letrik Ioniq



KOREA SELATAN - Syarikat gergasi Hyundai Motor salah sebuah pembuat kereta di dunia ketika ini meningkatkan produksi kereta dengan persekitaran yang lebih bersih.

Antara model yang ketika ini sedang dihasilkan ialah Hyundai Ioniq EV yang menggunakan letrik dengan pengurangan penggunaan bahan api.

IONIQ menawarkan teknologi keselamatan terkini termasuk brake kecemasan Automatik dengan sistem pengesan berjalan kaki, amaran penukaran jalan, pengesan titik buta dan kawalan Smart Cruise.

Naib Pengerusi Syarikat Hyundai Motor, Woong Chul Yang, juga selaku Ketua Pusat R&D Centre Hyundai berkata semasa sidang media di Motorshow Antarabangsa Busan 2016, “Kami akan menumpukan kepada pasaran domestik dan akan meneruskan untuk menyebarluaskan kepada Negara-negara ASEAN. Walaubagaimanapun, ianya mengikut sokongan dari kerajaan Negara masing-masing untuk membina infrastruktur stesyen pengisian minyak dan letrik jika model tersebut mencapai ke Negara mereka.”

Gambar oleh Hyundai Brunei