Mantuka

Hyundai i30N

Thursday, April 7, 2016

Promosi 'KIA Lucky Drive to France' bermula dari 1 Mac ini



Klik di sini untuk berita versi Inggeris.

Bagi menyebarluaskan lagi usaha peningkatan jenama KIA melalui tajaan sukan global, Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam menyokong rakankongsi (partnership) mereka EUFA EURO 2016 acara bolasepak terbesar di Eropah dengan mengadakan program KIA Lucky Drive to France yang bertujuan untuk mempertingkatkan inisiatif pemasaran sukan KIA dan memperkaya pengalaman pemanduan pelanggan.

Promosi bermula dari 1 Mac hingga 30 April yang menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk dimenangi, hadiah utama berupa tiket pulang balik untuk dua orang melancong ke Paris, Perancis bagi menyaksikan pembukaan rasmi UEFA EURO 2016 termasuk lawatan dinegara tersebut. Ini termasuk tiket penerbangan, makanan dan tempat tinggal juga diberikan secara percuma.

Manakala hadiah kedua hingga kelima akan memenangi hadiah telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB, Samsung S6 Edge+ 32GB, Samsung S2 Smart Watch dan Samsung Galaxy Tab S2 9.0 LTE.

10 pelanggan akan dipilih pada 13 Mei ini dan cabutan akhir akan diadakan pada 20 Mei ini di Bilik Pameran KIA di Beribi.

“KIA sentiasa mengenai kuasa untuk mengejutkan. Dengan promosi ini, kami berharap untuk memberi kuasa kepada pelanggan memenuhi impian dan mengejar apa yang mereka inginkan,” kata Pengarah Urusan Grand Motos Sdn Bhd, Frankie Ho.

Jaminan global KIA adalah untuk melebihi jangkaan pelanggan dengan menyediakan pengalaman memandu yang luar biasa dan inovasi automotif berterusan.