Penyertaan
Hyundai Creta ke negara Brunei Darussalam menandakan peningkatan kemasukan
model Sport Utility Vehicle (SUV) dengan tawaran barisan produk-produk terbaru
dari Hyundai Motors.
Pagi
tadi ‘Hyundai Creta’ dilancarkan di Bilik Pameran Setia Motors di Beribi. Lebih
50 pelanggan telah pun menempah Kereta keluaran terbaru itu dan ada juga
pelanggan yang terus membawa balik kereta tersebut selepas pelancaran.
Pelancaran
Creta telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Setia Motors Sdn Bhd, James Chin,
Pengurus Jualan Baiduri Finance Berhad, Haji Ali Matussin, Pengarah Urusan BIBD
At-Tamwil Berhad, Haji Irwan bin Lamit dan Pengarah Urusan Insuran Islam TAIB,
Haji Osman bin Haji Mohd Jair. Selain itu, tiga pembeli awal Hyundai Creta
diberikan hadiah berupa telefon pintar jenama Vivo secara percuma disampaikan
oleh James Chin.
Sebutan
'Creta' diambil dari nama Crete, sebuah pulau terbesar di Greek. Terletak di
Laut Mediterranean, Crete menjadi fokus menghubungkan Greece ke Eropah, Asia
dan Afrika. Creta akan menjadi model global bagi jenama Hyundai Motor di dalam
jenama segmen kenderaan yang membangun.
Creta
dimuatkan dengan enam bag udara keselamatan tamabhan ianya adalah salah sebuah
model SUV yang mempunyai rangka besi yang kuat menggunakan Advanced High
Strength Steel (AHSS) dan Ultra High Strength Steel (UHSS), frem yang berbentuk
seperti cincin dipasang di B-Pillar, C-Pillar dan Bay enjin membantu mencapai ketegaran
badan yang tinggi (high body rigidity), meningkatkan ketahanan dan prestasi keselamatan
kemalangan.
Selain
mempunyai enjin 1.6 liter dengan kuasa 123 Ps pada 6400/rpm, kereta tersebut
boleh didapati sama ada pilihan transmisi 6 kelajuan Automatik atau manual.
Pelanggan juga menerima monitor skrin sentuh LCD 5” AM/FM Radio dengan MP3,
soket USB & AUX serta stereng dengan kawalan jauh. Tambahan lagi, pemilik
kereta ini akan menerima sistem undur kamera, tayar aloi 17” dan Bluetooth
Handsfree.
Sejak
50 Unit Hyundai Creta yang dibawa masuk ke Negara ini dua bulan lepas kesemua
kereta tersebut telah dijual, jika ingin memilikinya, orang ramai mengunjungi
bilik pameran Setia Motors Sdn Bhd untuk menyaksikan lebih dekat kereta
berteknologi tinggi ini.