Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, April 14, 2016

Kunjungi Jerayawara KIA on Tour di The Mall dari 13-17 April.



Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta jenama Kia di Brunei Daussalam sekali lagi membuat jerayawara Kia on Tour 2016 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah The Mall, Gadong dari 13hb hingga 17hb April 2016 dari 10 pagi hingga 10 malam

Di jerayawara lima hari itu, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pelbagai barisan kereta KIA seperti Carens, Optima, Cerato, Sorento, Grand Carnival, Picanto dan Sportage yang dipamerkan sebagai model-model terbaru yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, pengunjung dijemput untuk menyertai uji pandu mana-mana model Kia pada 17hb April yang akan berlangsung di SEAMEO Voctech Training Centre diberi barangan UEFA EURO 2016 eksklusif yang terhad mulai 9 pagi hingga 3 petang.


Bagi menyebarluaskan lagi usaha peningkatan jenama KIA melalui tajaan sukan global, Grand Motors Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam menyokong rakankongsi (partnership) mereka EUFA EURO 2016 acara bolasepak terbesar di Eropah dengan mengadakan program KIA Lucky Drive to France yang bertujuan untuk mempertingkatkan inisiatif pemasaran sukan KIA dan memperkaya pengalaman pemanduan pelanggan.

Promosi bermula dari 1 Mac hingga 30 April yang menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk dimenangi, hadiah utama berupa tiket pulang balik untuk dua orang melancong ke Paris, Perancis bagi menyaksikan pembukaan rasmi UEFA EURO 2016 termasuk lawatan dinegara tersebut. Ini termasuk tiket penerbangan, makanan dan tempat tinggal juga diberikan secara percuma.


Manakala hadiah kedua hingga kelima akan memenangi hadiah telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB, Samsung S6 Edge+ 32GB, Samsung S2 Smart Watch dan Samsung Galaxy Tab S2 9.0 LTE.

10 pelanggan akan dipilih pada 13 Mei ini dan cabutan akhir akan diadakan pada 20 Mei ini di Bilik Pameran KIA di Beribi.

“KIA sentiasa mengenai kuasa untuk mengejutkan. Dengan promosi ini, kami berharap untuk memberi kuasa kepada pelanggan memenuhi impian dan mengejar apa yang mereka inginkan,” kata Pengarah Urusan Grand Motos Sdn Bhd, Frankie Ho.

Jaminan global KIA adalah untuk melebihi jangkaan pelanggan dengan menyediakan pengalaman memandu yang luar biasa dan inovasi automotif berterusan.