Mantuka

Wednesday, March 9, 2016

Awang Sufri Ahmad Menang Hadiah Utama HYEB 2015

Untuk berita versi Inggeris mengenai Hyundai i20, klik di sini.
Untuk berita versi Inggeris mengenai Cabutan Akhir HYEB, klik di sini.
 
Pengedar tunggal Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan kereta terbarunya, Crossover Hyundai i20 Active di Bilik Pameran Hyundai, Perindustrian Beribi.

Hadir merasmikan pelancaran SUV mini Hyundai ini ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, James Chin.

Crossover tampak lebih elegan dengan rekaan warna dalaman dwi warna menggabungkan warna oren dan hitam atau biru laut dan hitam. Ia juga menampilkan pedal bersalut aluminium dan tombol gear berwarna.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan enjin 1.4L dengan hamburan 100rpm kuasa kuda dan transmisi enam kelajuan.

Fungsi-fungsi lain pula amat mudah dikendalikan kerana kecanggihan sistem teknologinya yang membolehkan sesiapa sahaja mampu memandunya.

Pelancaran juga diselajurkan dengan cabutan hadiah utama sempena Kempen Promosi Year End Bonanza 2015 yang berlangsung bermula 1 Oktober sehingga 31 Disember 2015 lalu.

Lima orang pemenang bertuah pulang menerima hadiah masing-masing pada majlis itu. Menang tiket penerbangan ke London untuk dua orang ialah Awang Sufri Ahmad, Awang Nazri bin Jalani memenangi tiket ke Kuala Lumpur, Awang Nur Amin Asney bin Yahya membawa pulang tiket penerbangan ke Hong Kong manakala Dayang Nurhidayani binti Haji Gani menang Samsung Galaxy A4 dan Dayang Siti Rabiatul Adawiyah binti Abdullah Tangkai pula memenangi hadiah Samsung Galaxy j7.