Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, February 18, 2016

Sijil Harga Agen-Agen Kereta di Periksa



Agen-agen kereta hari ini dikunjungi oleh rombongan Penguatkuasa dari Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) bagi memeriksa harga jualan kereta-kereta mengikut garis pandu yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE).

Rombongan JPKE diketuai oleh Timbalan Pengarah JPKE, Haji Abdul Amin bin Haji Hashim bersama pegawai-pegawai JPKE lainnya mengadakan pemeriksaan pertama di agen kereta syarikat Premier Automobile Sendirian Berhad di Beribi.

Tujuan pemeriksaan yang diadakan hari ini adalah untuk memastikan agen-agen penjual kereta jenis pengangkutan mengikut aturan dan garispandu yang disediakan oleh pihak JPKE. Ini juga memastikan kebajikan orang ramai terpelihara begitu juga kebajikan pihak-pihak agen kereta.

“Walaupun pihak JPKE setakat ini belum menerima apa-apa aduan, pihak tersebut akan membuat pemeriksaan ke semua agen-agen kereta di Negara ini sepanjang tahun ini yang mana pemeriksaan ini sebagai aktiviti yang dirancang oleh bahagian kawalan harga, JPKE”.


“Alhamdulillah, agen-agen kereta termasuk Premier Automobile Sendirian Berhad telah mematuhi harga jualan kereta dan peraturan lain yang ditetapkan dan sijil-sijil jualan kereta masih sah untuk digunakan”, tambah beliau.

Beliau juga memberi saranan supaya agen-agen penjual kereta menetapkan harga kereta dengan mematuhi undang-undang garispandu kawalan harga.

JPKE akan membuat pemantauan dari masa ke semasa dan jika didapati ada yang melanggar peraturan yang disediakan, pihak JPKE akan memberi amaran pertama kepada agen tersebut dan jika tidak dipatuhi, pihak penguatkuasa akan memberikan tawaran kompaun B$500 keatas.