Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, November 11, 2015

Ulang Tahun Maju Motors Sdn Bhd ke-15 Tahun

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Maju Motors Sendirian Berhad telah ditubuhkan sejak 15 tahun lalu, dan banyak peningkatan telah dibuat terutama dari segi jualan kereta Volkswagen sejak dua tahun kebelakangan ini. Maju Motors Sendirian Berhad juga pernah mencapai lebih 1,000 buah kereta dijual pada tahun 2014.

Walaupun pasaran menurun kepada 30-40 peratus tetapi mereka masih berjaya menangkap kongsi pasaran kepada 6-7 peratus dimana ianya lebih tinggi berbanding tahun lepas. 

Bagi kedatangan tahun baru ini, mereka juga menyediakan pelbagai strategi dan barisan model Volkswagen terbaru yang sesuai dengan pasaran Negara Brunei Darussalam. Perkara ini disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong dalam majlis Sambutan Ulang Tahun Maju Motors Sdn Bhd ke-15 tahun hari ini di Bilik Pameran Maju Motors Sendirian Berhad.

Beliau berkata, "Pelanggan sering menumpukan kepada kereta yang menggunakan bahan api yang efisien, mempunyai kekuatan kuasa kuda yang cekap dan keselamatan yang dipercayai".

“Kami sudah bersedia untuk membawa sebuah lagi model sedan keluaran terbaru dari Volkswagen yang akan dipasarkan di Negara Brunei Darussalam tidak lama lagi,” kata Chan Key Hong.

Dalam majlis itu menyaksikan penyempurnaan pemotongan kek oleh Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong bersama Pengurus Besar Volkswagen Brunei Darussalam, Berndt Siffling. Ianya diikuti  dengan sesi bergambar ramai bersama para ahli kakitangan Maju Motors dan menikmati jamuan.