Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, November 26, 2015

Jerayawara Volkswagen 18-22hb November 2015

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Volkswagen Brunei telah menjalankan jerayawara yang telah bermula pada 18 hingga 22 November lalu. Jerayawara tersebut diadakan bertempat di The Mall, Atrium, Gadong yang mempamerkan empat model keluaran terbaru dari jenama Volkswagen.

Model-model itu ialah kereta Volkswagen Tiguan TSI, Volkswagen Vento sebuah kereta dengan harga terjangkau tetapi dibina dengan menggunakan jerman kejuruteraan, Volkswagen Scirocco sebuah kereta simbolik jenama Volkswagen dan Volkswagen Touran dikhaskan untuk seisi keluarga.

Setiap model mempunyai prinsip tersendiri yang mana Tiguan TSI sebuah SUV yang boleh digunakan dipelbagai kondisi jalanan. Selepas ianya dilancarkan baru-baru ini, kereta tersebut membuktikan sebagai salah sebuah kereta yang diminati bagi sebuah kereta SUV berkualiti tinggi. Kini Volkswagen memperkenalkan versi Black Edition dengan beberapa penampilan yang lebih menarik.

Kejuruteraan Jerman Vento ialah sebuah kereta yang paling murah yang dijual dalam sejarah Volkswagen, dengan muatan enjin 1.6 litre kereta ini mempunyai kuasa kepada 105 kuasa kuda, ini adalah pilihan terbaik bagi sesiapa yang ingin memiliki Volkswagen dengan harga murah dari harga biasa. Ini menandakan kereta Volkswagen boleh didapti oleh sesiapa sahaja.

Jadi dalam jerayawara ini, pelanggan boleh memahami lebih lanjut kebolehan dan penampilan model-model Volkswagen yang semakin popular di Negara Brunei Darussalam.