Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, October 28, 2015

Kunjungi Jerayawara Kia on Tour di KB dari 30 Oktober hingga 1 November 2015


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

"Kia on Tour" kembali lagi dengan kali ini menampilkan keluaran model-model terbaru jenama Kia yang akan dipamerkan di Pusat Membeli-belah KB Sentral, Kuala Belait bermula dari 30hb Oktober hingga 1hb November 2015.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang untuk membuat uji pandu mana-mana model Kia di Pusat Membeli-belah KB Sentral, Kuala Belait  bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang.



Pengunjung yang membuat uji pandu akan menerima beg eksklusif Kia daripada Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di Negara Brunei Darussalam.

Kia on Tour 2015 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama Kia.



Ia adalah sebahagian daripada komitmen globalisasi Kia untuk melebihi jangkaan pelanggan melalui inovasi otomotif yang berterusan.

Ikuti Kia Brunei di Facebook dan Instagram untuk berita terkini.