Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, October 27, 2015

Volkswagen Brunei Fun Day

Gambar dari Volkswagen Brunei

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Volkswagen Brunei telah mengadakan acara Fun Day di Bilik Pameran Volkswagen, Syarikat Maju Motors Sdn Bhd, Jalan Telanai pada 25hb Oktober lalu.

Lebih 100 orang telah mengunjungi ke acara tersebut dimana orang ramai dapat menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan untuk seisi keluarga. Pelbagai hidangan juga disediakan kepada semua yang hadir.

Gambar dari Volkswagen Brunei


Aktiviti-aktiviti yang disediakan semasa acara itu ialah bouncing castle, Nerf shooting range, pertandingan membuang bola, pertandingan jigsaw dan pertandingan mewarna. Sementara kanak-kanak berinteraksi dengan aktiviti-aktiviti, ibu bapa juga dapat melihat pelbagai jenis model Volkswagen dan nikmati tawaran hebat dengan Jualan Volkswagen Akhir Tahun.

Gambar dari Volkswagen Brunei

Gambar dari Volkswagen Brunei


Para pemenang dari pertandingan media sosial "Teka Volkswagen" yang disiarkan melalui Instagram Mantuka Brunei dan Volkswagen Brunei juga diumumkan semalam. Terdapat 5 pemenang bertuah bagi peraduan media sosial dan juga 6 pemenang untuk aktiviti Volkswagen pada hari itu. 12 pemenang bertuah menerima beg cenderahati yang penuh dengan barangan Volkswagen yang disampaikan oleh Pengurus Jualan Volkswagen Brunei, Shahrain Zulkifli.

Gambar dari Volkswagen Brunei


Acara ini bertujuan untuk menghubungkan silaturrahim antara pelanggan dan kakitangan Volkswagen, untuk membolehkan keluarga berseronok ketika diperkenalkan kepada pelbagai model Volkswagen ang terdapat di Brunei.

Jualan Volkswagen Akhir Tahun sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2015. Jadi, jika awda berada di pasaran untuk kereta baru, jangan lupa untuk mengunjungi ke Volkswagen Brunei dan membuat uji pandu untuk mengetahui bahawa Volkswagen mana yang sesuai untuk anda.

Hubungi 2655111 untuk mumbuat tempahan uji pandu atau sebarang pertanyaan lain berkenaan dengan kereta Volkswagen.

Jangan lupa untuk mengikuti Volkswagen Brunei di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita terkini dari Volkswagen.