Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, October 24, 2015

Pelancaran BMW 1 Series 2015


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

BMW Group Asia dan QAF Auto mempamerkan model terbaru BMW sesuai bagi pemandu yang menginginkan gaya ala mewah dan tersendiri. BMW 118i yang dilancarkan hari ini di Bilik Pameran QAF Auto, Beribi memperkenalkan model jenis 5-pintu sebagai model terbaru dalam barisan kereta-kereta BMW.

Kini BMW 118i didatangkan dengan perubahan bentuk rekaan dibahagian depan dan belakang dan gril dengan intake angin yang dibesarkan bagi membantu menekankan potensi dinamik kereta dalam membiasakan gaya BMW. Selain itu juga pemandu akan merasakan perubahan persekitaran premium didalam kabin semasa memasuki ruang BMW 118i.





“Hampir dua juta model BMW 1 Series telah dijual diseluruh dunia sejak 10 tahun kebelakangan ini, dan edisi terkini akan mencatat penanda aras dalam pemanduan seronok dibawah segmen premium kompak”, kata Pengurus Besar, Roger Fletcher.

“Enjin Model BMW 1 5-pintu juga turut diubahsuai dan tambahan reka bentuk bagi tujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi dibawah teknologi ‘EfficientDynamics’.




Enjin 1.5 empat silinder sebagai jantung kepada kereta itu mampu menghembus 136 kuasa kuda dan 220 Newton meter torque dan hanya mengambil 8.5 saat untuk berlepas dari 0 hingga 100 Km/h. Ianya juga dibantu oleh transmisi lapan kelajuan Steptronic. Walaupun kereta ini mempunyai kuasa yang tinggi tetapi model 118i ini hanya menggunakan bahan api 4.8 liter / 100 Km dengan pengurangan emisi CO2 112g setiap Kilometer.

Bermula dari 23hb Oktober hingga 25hb Oktober ini, QAF Auto Sdn Bhd mempamerkan keluaran terbaru kereta BMW 118i 5-pintu dengan menjemput orang ramai untuk menyaksikan sendiri kehebatan kereta tersebut dengan membuat uji pandu kereta bertaraf prestij ini.