Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, October 23, 2015

Uji Pandu Volkswagen Touareg R-Line 2015


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Cantik, elegan, mewah, bergaya dan besar! Itulah yang  diketahui oleh penulis setelah membuat uji pandu kereta termahal dikalangan barisan jenama Volkswagen.

Penulis diberi peluang untuk membuat uji pandu sebuah model Volkswagen, Touareg. Kereta tersebut dikategori sebagai Sport Utility Vehicle (SUV) Premium mempunyai pelbagai kemudahan, ruang yang luas dan rupa bentuk yang sangat mengancam. Volkswagen Brunei memperkenalkan kepada penulis versi R-Line yang memberi lebih terbaik kepada pemiliknya. Penulis akan menjelaskan sedikit sebanyak mengenainya.

Volkswagen Touareg R-Line merupakan ahli terbaru di pasaran Brunei menyertai barisan R-Line yang lain seperti Tiguan R-Line dan CC R-Line. Toureg R-line direka bentuk dengan perubahan bumper depan dan belakang yang lebih lebar dengan gril krom yang mempunyai lambang R-Line pada panel sisi depan.



Berikutan kejayaan Touareg, Touareg R-Line baru lagi meningkatkan semangat barisan tersebut dengan keupayaan off-road asli dan dipasangkan dengan slant sporty. Tambahan peralatan standard yang ada pada Touareg biasa, satu set roda aloi 20 inci 'Mallory' dari Volkswagen R GmbH datang sebagai barang standard bagi Touareg R-Line. 

Di bahagian dalam pula, Black Piano Lacquer telah dimasukkan sebagai hiasan yang diletakkan pada papan pemuka, panel pintu langsing dan konsol tengah, manakala stainless steel scuff plates dengan huruf 'R-Line' dapat dilihat setiap kali pintu dibuka. Semua panel pintu juga dilengkapi dengan LED yang menambah kepada keselesaan dan pencahayaan dalaman. Satu lagi ciri unik Touareg R-Line baru adalah two-tone 'Nappa' leather upholstery yang menambahkan luaran kereta ini lebih sportif.



Semasa di uji dileburaya Muara ke Kampung Serasa, kereta yang membekalkan kuasa dari enjin Diesel tidak seperti apa yang dijangkakan, apabila penulis menekan minyak ketahap maksima genggaman lepasan gear pertama ke pertukaran gear keempat amat terasa tarikan graviti tanpa bunyi bising didalam kereta atau gegaran semasa memandu ditahap yang laju.

Kuasanya berasal dari unit Diesel yang bersih, 3.0 unit V6 TDI. Enjin ini menempatkan kuasa setinggi 245 bhp (3,800 rpm-4,400 rpm) dan tork setinggi 550 Nm (1,750 rpm-2,750 rpm), memakan hanya 7.2L per 100km pada kitaran gabungan. Digabungkan dengan enjin ini adalah kotak gear 8-kelajuan automatik, serta all-wheel drive yang kekal dari 4MOTION. Ini membolehkan Touareg R-Line untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 7.6 saat.  



Apa yang menarik mengenai kereta ini, jika pemandu menyedikan sistem ini secara automatik, antara fungsi yang diketahui oleh penulis semasa mamandu diwaktu hujan, sistem komputer Volkswagen Toureg akan secara automatik menghidupkan wiper mengikut kelajuan hujan dan menyalakan lampu keselamatan LED tanpa menakan apa-apa punat.



Sebagai sebuah Volkswagen SUV yang unggul, Touareg R-Line datang lengkap dengan ciri-ciri seperti 'Climatronic' dengan kawalan suhu 4-zon, pembukaan dan penutupan fungsi bagasi elektrik, 'RCD 550' sistem audio dengan paparan skrin sentuh dan multi-fungsi stereng sukan yang dibalut kulit leather dengan logo R-Line.

Mengenai keselamatannya pula, disamping ciri-ciri standard yang ada pada Touareg R-Line seperti beg udara bagi pemandu dan penumpang di depan dan belakang serta di sisi bahagian cermin dan kaki, Electronic Stabilisation Programme (ESP) yang termasuk Electronic Differential Lock (EDL), Anti-Slip Regulator (ASR) dan fungsi trailer stabilisation, keselamatan bagi orang jalan kaki (padestrian protection) dekat kereta tersebut, 'Area View' kamera termasuk 'Rear View' kamera, kunci anak ('Child lock') elektronik untuk pintu belakang yang dikendalikan dari tempat duduk pemandu dan lain-lain lagi.