Mantuka

Insurans Islam Taib

Wednesday, October 21, 2015

Uji Pandu TATA Manza 1.4L


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Penghasil kereta TATA kini melangkah maju kehadapan dengan memperkenalkan kereta yang lebih anggun boleh dimiliki ramai iaitu TATA Manza. Tata Manza adalah sebuah sedan moden dengan gaya berani. Banyak penyelidikan telah dilakukan untuk memberi yang terbaik kepada pemiliknya.

Manza meletakkan falsafah TATA kepada peringkat baru. Seperti adanya Manza, ianya menjadi sebuah kereta salon berukuran sederhana mempunyai ruang lebih luas berbanding kereta-kereta yang baru dikeluarkan dan Tata telah mengemaskini Manza untuk menjadikannya lebih diingini.



Peningkatan dalam kabin adalah fokus utama bagi TATA. Manza terbaru yang diperkenalkan di negara Brunei Darussalam oleh Syarikat Worldwide Motors Sendirian Berhad menerima yang terbaik termasuk rekaan kerusi kulit dengan nama Manza jelas tertera di bahagian atas kerusi dan kelengkapan fungsi-fungsi kegunaan pemandu seperti sistem audio, telefon Bluetooth dan port bagi USB dan AUX yang pertama dalam segmen ini. 





Dikuasakan oleh enjin MPFI petrol Safire, kereta ini boleh dimiliki dengan enjin 1.4 liter petrol.  Manza boleh dipercayai, menyeronokkan apabila dipandu dan mempunyai penjimatan bahan api.





Pintu yang dipastikan dengan kekukuhan daripada pencerobohan, reka bentuk papan pemuka yang diwarnakan kelabu memberi sentuhan unggul dalam model kali ini. Dari segi keselamatan pula, TATA Manza mempunyai sistem Anti Braking System (ABS) dan dilengkapi beg udara berkembar depan menawarkan perlindungan yang mencukupi. 

Kunjungi bilik pameran Worldwide Motors Sendirian Berhad untuk membuat uji pandu mana-mana kereta TATA atau hubungi 2453681, 2427052 or 2428293 untuk membuat tempahan uji pandu.