Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, October 19, 2015

Uji Pandu Volkswagen Tiguan


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Adakah anda seorang pemandu yang memerlukan kelajuan dan memerlukan keselesaan? Adakah anda menikmati perjalanan di sekeliling Brunei bersama keluarga dan rakan anda, dan jadual kerja yang padat dimana anda perlu bergegas menuju dan dari mesyuarat? Jadi mengapa tidak memandu Tiguan dari Volkswagen dan alami versatiliti dengan setiap zoom!

Dengan brek yang licin dan pedal minyak di kaki anda, pemandu dengan mudah mengawal kelajuan kereta sambil memecut di lebuhraya dan tidak menyedarinya! Dan anda tidak perlu bimbang mengenai kelajuan kerana kereta ini dilengkapi kompak dengan bukan hanya empat, bukan enam tetapi lapan beg udara bagi keselamatan dan perlindungan jika diperlukan.



Manakala bagi penumpang, mereka boleh meregangkan kaki mereka bahagian dalaman kereta SUV ini yang agak luas, yang boleh memuatkan rakan awda untuk pergi membuat perjalanan dengan keadaan yang selesa dan luas.

Dan bagi mereka yang mahu merakamkan gambar ketika dalam perjalanan, SUV ini memiliki bumbung suria panaroma yang memberikan cahaya yang lebih dari mencukupi dalam kereta, memberikan penumpang dan pemandu pengalaman udara terbuka ketika berada dalam kereta.




Salah satu ciri-ciri yang menarik SUV ini adalah papan pemuka sentuh, yang dilengkapi sepenuhnya dengan butang bagi hampir kesemua fungsi. Sebagai contoh, terdapat fungsi alat hands free di mana awda boleh menghubungkan telefon pintar anda ke radio kereta melalui Bluetooth, jadi awda boleh menerima panggilan telefon sambil memainkan muzik awda dari telefon pintar awda.

Ia adalah hanya sebahagian dari banyak ciri-ciri menarik Tiguan dari Volkswagen yang ditawarkan, jadi jika awda berminat melihat sendiri kereta ini, bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Maju Motors Sdn Bhd di Jalan Telanai.