Mantuka

Monday, August 24, 2015

Penandatanganan Perlantikan Penaung PKTLB

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Berita dan gambar credit dari Media Permata.
Oleh Salawati Haji Yahya.

Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) minggu lepas telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan penyampaian sijil lantikan penaung PKTLB yang berlangsung di Dewan Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Di majlis itu, Kol (Bersara) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli bin Pengiran Haji Chuchu menandatangani perlantikan sebagai Penaung PKTLB sambil di saksikan oleh Yang DiPertua PKTLB Haji Jumat bin Haji Taha.



Yang DiPertua PKTLB Haji Jumat dalam ucapannya berkata, “Pada tahun ini sebanyak 121 buah keluarga di negara ini menerima agihan bantuan dalam program Titian Amal yang dilaksankan oleh PKTLB sepanjang bulan ramadhan”.
 
“Program ini amat bersesuai dengan misi dan visi persatuan ini yang bersedia menolong orang-orang yang ditimpa kesusahan dari masa ke semasa”, jelasnya.

Beliau seterusnya mengingatkan kepada ahli PKTLB, mana-mana kereta yang telah di ubahsuai supaya jangan berlebih-lebih kerana kita juga tidak terlepas dari undang-undang yang telah di tetapkan oleh pihak berkenaan.

Di majlis itu, Kol (Bersara) Pengiran Dato Paduka Haji Rosli menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli persatuan dan seterusnya memasang Pelekat Kereta Pengenalan PKTLB.