Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, August 2, 2015

Cabutan Utama Pelan Takaful Gadaijanji bagi Pembiayaan Kereta di Setia Motor

Sepuluh pemenang bertuah yang membawa balik hadiah hebat.
Untuk versi Inggeris, klik di sini.
 
Ini adalah satu hari yang bermakna di bilik pameran Hyundai dimana cabutan utama Pelan Takaful Gadaijanji bagi Pembiayaan Kereta telah diadakan dan sepuluh peserta dari cabutan itu mendapat hadiah istimewa mereka.

Acara tersebut merupakan kerjasama antara Setia Motor dan Insurans TAIB Keluarga Takaful (ITFT) yang telah bermula pada 1 April. Cabutan akhir ini telah berlangsung semalam dan hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Insurans Islam TAIB, Awang Haji Osman bin Haji Mohd Jair yang menyampaikan hadiah kepada pemenang yang bertuah.

Hadiah terdiri daripada iPad mini, jam tangan Luminox, baucar petrol bernilai B$100.00, baucar wang tunai bernilai B$500.00, Trillium Salon Kereta bernilai B$200.00 dan hadiah utama Smart TV.
 

Sepuluh pemenang bertuah terdiri dari Hamzah bin Hj Ahmad, Salina Santhy bin Abu Bakar/Bakri, Muhd Ajiman bin Ahmad, Nurilyani binti Zainuddin, Nor Azferah binti Jasseri, Rosnani binti Na’ain, Mudh Adi Iswandy bin Subli, Maryati binti Awg Daud, Eric Tan Eng Hua dan Muhammad Juma’at Ruszdi bin Ramlee yang masing-masing membawa pulang hadiah hebat!
 
Pelanggan akan merasa terjamin apabila mengambil pembiayaan sewa beli atau pinjaman kereta (pembeli kereta) daripada mana-mana Syarikat Kewangan, terutama dari Insurans Takaful Keluarga TAIB (ITKT). Pelanggan akan merasa terjamin kerana seluruh baki hutang akan diselesaikan oleh Insurans Islam TAIB Takaful Family Sdn Bhd jika peserta berkenaan meninggal dunia dalam masa tempoh pembiayaan atau pinjaman masih berkuatkuasa.
 
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi perunding jualan atau ejen itu daripada Setia Motors di bilik pameran Hyundai di Beribi atau lawati itu di Facebook Hyundai Brunei.