Mantuka

Insurans Islam Taib

Sunday, August 9, 2015

Econ Motors Sdn Bhd Melancarkan Perodua Axia 1.0L

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Econ Motors Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan keluaran terbarunya iaitu Perodua Axia yang telah berlangsung di Bilik Pameran Econ Motors Sdn Bhd, Beribi.

Perodua Axia merupakan sebuah kereta yang dikatakan sebagai kenderaan tenaga efisien Malaysia semasa ianya diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014. 

Pelancaran itu menjemput orang ramai untuk menyaksikan kereta tersebut sambil menikmati jamuan yang disediakan yang diteruskan dengan Sambutan Hari Raya Terbuka Econ Motors.

Menurut Pengarah Jualan Econ Motors, Gee Teng Wah, Perodua Axia model Standard G dikuasakan dengan enjin yang dibuat dari Aluminium 1.0 liter (1KR-DE2) DOHC, 12V, Electronic Fuel Injection (EFI) dengan kuasa kelajuan mencapai 66 kuasa kuda. Axia adalah kereta pertama yang mempunyai teknologi direka dari aluminium bagi memberi teknologi penjimatan minyak dalam kereta ini kerana berat badan yang ringan dan enjin yang seimbang dengan berat kereta. 

“Axia mempunyai ruang dalam dan luar yang besar, 260 liter bagi ruang belakang berukuran 3640mm panjang, 1620mm lebar dan 1510mm tinggi. Bagi pasaran Brunei kereta tersebut hanya dipasarakan dalam versi transmisi automatik”, jelasnya.

Antara lainnya yang dimuatkan didalam kereta tersebut termasuk sensor undur, cermin sudut automatik, tray pakej, pemain CD dan alat bunyi, kotak syiling, tali pinggang keledar dnegan bunyi keselamatan, tali pinggang tempat duduk kanak-kanak dengan standard ISOFIX.

Axia model G boleh didapati dengan lima jenis warna iaitu Lemongrass Hijau, Cherry Blossom, Midnight Blue, Hitam Ebony, Kelabu, Putih Ivory. Untuk keterangan lanjut mengenai kereta ini, orang ramai boleh menghubungi ditalian 2428263 tau 2444978.