Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, June 6, 2015

Periksa Veloster Awda Secara Percuma

Untuk versi Inggeris, klik di sini.
 
Berita baik kepada pemilik kereta Hyundai Veloster! Setia Motor Sdn Bhd akan memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma bagi kesemua pemilik Kereta Veloster pada 7hb Jun 2015 dari 9 pagi hingga 12 tengahari di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd di Beribi.

Ahli Veloster Owners Group Brunei (VOGB) yang hadir untuk membuat perkhidmatan pemeriksaan akan menerima beg Hyundai. Tambahan lagi Setia Motors Sdn Bhd juga akan mengadakan peraduan menghias kereta Hyundai Veloster yang hanya terbuka kepada ahli VOGB.

Pemenang pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak B$300, diikuti dengan ditempat kedua hadiah sebanyak B$200 dan ketiga mendapat B$100.

Selain itu, orang ramai boleh membuat uji pandu Hyundai Veloster terbaru dan jika menyertai uji pandu tersebut, pengunjung akan menerima beg kulit (leather) Hyundai secara percuma dari Setia Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Hyundai di Negara Brunei Darussalam.

Jadi tunggu apa lagi? Cubalah sendiri kehebatan kereta Hyundai Veloster, yang kini disediakan dengan model facelift ini! 

Untuk keterangan lanjut, ikuti Hyundai Brunei di Facebook dan Instagram.