Showing posts with label Veloster. Show all posts
Showing posts with label Veloster. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Pemilik Veloster diberi Pemeriksaan Percuma


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Kesemua pemilik kereta model Hyundai Veloster dibawah kumpulan Pemilik Veloster Brunei (VOGB) telah diberikan perkhidmatan pemeriksaan secara percuma yang berlangsung pada hari Ahad, 7hb June lalu di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd, Beribi. 

Dalam pemeriksaan itu, kereta-kereta mereka akan diperiksa dari segi pemeriksaan awal sebelum kereta dibawa untuk penyelenggaraan, pemeriksaan termasuk sistem analisis enjin, transmisi, bag udara, kalibrasi MDPS dan penjelasan dari teknikal Hyundai bertauliah mengenai masalah dan cara penjagaannya. Disamping itu juga, kumpulan tersebut dapat mengisi masa lapang dengan berkumpul dan mengeratkan lagi silatul rahim diantara para ahli kumpulan berkenaan.


Menurut Eksekutif Pemasaran dan Jualan Setia Motors Sdn Bhd, Fadhillah Sulaiman, selain pemeriksaan kereta yang bernilai B$35, Setia Motors Sdn Bhd turut memberikan peluang kepada orang ramai untuk membuat uji pandu keluaran terbaru Hyundai Veloster versi Facelift dan setiap pelanggan yang membuat uji pandu tersebut menerima hadiah berupa bag kulit Hyundai secara percuma.


Apa yang menarik lagi, Setia Motors Sdn Bhd turut memberikan hadiah wang tunai kepada tiga pemilik kereta Veloster yang mempunyai hiasan tercantik luaran dan dalaman kereta pemilik Veloster.

Nama pemenang bertuah itu ialah Mohammad Faris bin Mohammad Ali di tempat pertama menerima B$300, tempat kedua jatuh kepada Mohd Ariffin Haji Pinne mendapat B$200 dan tempat ketiga jatuh kepada Abdul Wafi bin Haji Ibrahim menerima B$100, kesemua hadiah telah disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran dan Jualan Setia Motors Sdn Bhd, Fadhillah Sulaiman.

Orang ramai yang ingin membuat uji pandu Hyundai Veloster versi facelift boleh mengunjungi Bilik Pameran Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd di Beribi. Dengan hanya menyebut anda pembaca Mantuka.com, anda berpeluang untuk menerima hadiah beg kulit Hyundai secara percuma yang terhad.

Ikuti Mantuka di Facebook untuk gambar-gambar Pemilik Veloster diberi Pemeriksaan Percuma.




Saturday, June 6, 2015

Periksa Veloster Awda Secara Percuma

Untuk versi Inggeris, klik di sini.
 
Berita baik kepada pemilik kereta Hyundai Veloster! Setia Motor Sdn Bhd akan memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma bagi kesemua pemilik Kereta Veloster pada 7hb Jun 2015 dari 9 pagi hingga 12 tengahari di Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd di Beribi.

Ahli Veloster Owners Group Brunei (VOGB) yang hadir untuk membuat perkhidmatan pemeriksaan akan menerima beg Hyundai. Tambahan lagi Setia Motors Sdn Bhd juga akan mengadakan peraduan menghias kereta Hyundai Veloster yang hanya terbuka kepada ahli VOGB.

Pemenang pertama akan menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak B$300, diikuti dengan ditempat kedua hadiah sebanyak B$200 dan ketiga mendapat B$100.

Selain itu, orang ramai boleh membuat uji pandu Hyundai Veloster terbaru dan jika menyertai uji pandu tersebut, pengunjung akan menerima beg kulit (leather) Hyundai secara percuma dari Setia Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Hyundai di Negara Brunei Darussalam.

Jadi tunggu apa lagi? Cubalah sendiri kehebatan kereta Hyundai Veloster, yang kini disediakan dengan model facelift ini! 

Untuk keterangan lanjut, ikuti Hyundai Brunei di Facebook dan Instagram.