Mantuka

Saturday, May 2, 2015

Pelancaran BMW 2 Series Active Tourer


Berita oleh: Michelle Tan, Mantuka.com
 
Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.
 
BMW Brunei hari ini telah menambah satu lagi model terbaru dalam barisannya iaitu dengan melancarkan model BMW 2 Series Active Tourer yang telah berlangsung di Bilik Pameran BMW, QAF Auto Sendirian Berhad, Beribi.

Bakal pemilik BMW pasti akan kagum dengan keindahan dan keanggunan yang ada di hadapan mereka dan akan menjadi lebih kagum dengan pakej-pakej yang disediakan untuk pelanggan yang membeli BMW 2 Series Active Tourer ini!

Pakej termasuk dua pilihan aksesori BMW asal dalam bentuk rak bumbung untuk simpanan tambahan dan basikal yang boleh melekat pada belakang kereta! Jadi pemandu boleh mengalami keseronokkan apabila berjalan dalam
BMW 2 Series Active Tourer dan aksesori Syarikat eksklusif.


Dibawah BMW 2 Series ianya dikenali sebagai BMW 218i Active Tourer barisan mewah merupakan yang terbaru kepada segmen keluarga. Ianya sebuah MPV padat dengan mempunyai bentuk badan yang sportif dari pelbagai sudut tidak lari dari konsep BMW sebagai kereta mewah, canggih, bergaya dan keanggunan. Ianya sesuai bagi individu yang mempunyai hidup gaya aktif yang menginginkan ruang dalam yang luas, fleksibel dan kapisiti muatan yang besar dan mencukupi.

218i Active Tourer mempunyai ukuran 4,342mm panjang, 1,800mm lebar dan 1,586mm tinggi menjadikannya amat sesuai untuk menghadapi cabaran pemanduan bandar yang semakin meningkat.

Oleh itu, BMW telah memilih sistem front-wheel drive yang canggih untuk 2 Series Active Tourer yang berkuasa untuk menyelamatkan tahap penglibatan pemandu dengan model ini. Dicantum dengan jarak roda yang panjang (2,670mm) dan ketinggian yang dibangkitkan, konfigurasi ini membolehkan ruang dalam untuk dimaksimumkan, menyebabkan perasaan tidak sedar dengan ruang yang luas. 

Pemandu dan penumpang barisan depan akan menikmati kedudukan tempat duduk yang jauh lebih tinggi daripada dalam sebuah sedan. Ianya mampu menguasai satu pandangan keseluruhan pada masa yang sama menjadikannya lebih mudah untuk masuk dan keluar kenderaan tersebut. Kekayaan dalam kemudahan penyimpanan bagasi dan pilihan tempat duduk penumpang barisan belakang boleh dilipat rata adalah dua contoh untuk mengesahkan fleksibiliti dalaman dan susun atur yang bijak dicipta.

Kabin mempunyai rasa ringan dan luas, dengan semua permukaan berstruktur dalam rupa yang berlapis. Terdapat juga pilihan untuk bumbung panorama (panoramic roof) yang besar bagi membolehkan cahaya masuk ke dalam kawasan pedalaman. Ia bersinar melalui ciri-ciri hak cipta seperti BMW kidney gril di bahagian hadapan didampingi oleh lampu bulat berkembar tersendiri.

Bahagian dalaman, kawalan untuk radio, penghawa dingin dan udara bolong (air vents) adalah bersudut ke arah pemandu dalam satu lagi sifat reka bentuk BMW yang nyata.


BMW 218i Active Tourer dilengkapi dengan BMW enjin tiga silinder yang pertama selepas debut dunia dalam BMW i8, mempunyai kuasa yang boleh mencapai kepada 200 km/j yang akan menarik perhatian anda dalam apa jua suasana.

Enjin baru tiga silinder petrol unit ini sangat menonjol kerana kecekapan yang luar biasa dan prestasi kebolehan yang hebat, dengan penggunaan bahan api purata (seperti kitaran ujian EU) daripada 4.9l / 100 km2 dan pelepasan CO2 sebanyak 115g / km2. Enjin ini mempunyai displacement 1.5 liter, menghasilkan 100 kW (136 hp) output kuasa dan 220Nm tork dan cemerlang dengan tindak balas spontan, selera untuk revs dan penarikan kuasa tinggi adalah daripada enjin yang telah dipasang melintang dan menawarkan reka bentuk padat bersama-sama dengan teknologi BMW TwinPower Turbo.
 
Bermula hari ini hingga 2 Mei ini, QAF Auto Sdn Bhd mempamerkan keluaran terbaru kereta BMW 218i Active Tourer dengan menjemput orang ramai untuk menyaksikan sendiri kehebatan kereta tersebut dengan membuat uji pandu kereta bertaraf prestij.

Selain itu juga, QAF Auto juga mempamerkan cenderamata gaya hidup BMW seperti bagasi bergaya BMW, pakaian elegen dan babyracer. Dengan jerayawara ini, Syarikat QAF Auto Sdn Bhd akan memberi potongan harga sebanyak 30 peratus.