Mantuka

Sunday, May 31, 2015

Jerayawara Kia on Tour 2015 dari 29-31 Mei di Times Square


Untuk versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta jenama Kia di Brunei Daussalam sekali lagi membuat jerayawara Kia on Tour 2015 yang berlangsung di Pusat Membeli-belah Times Square dari 29hb hingga 31hb Mei 2015 dari 10 pagi hingga 10 malam.

Di jerayawara tiga hari itu, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pelbagai barisan kereta Kia seperti Optima, Cerato, Sorento, Grand Carnival, Rio dan Sportage yang dipamerkan sebagai model-model terbaru yang dipasarkan di Negara Brunei Darussalam.
Selain itu, ramai pengunjung telah menyertai uji pandu mana-mana model Kia pada 29hb Mei lalu dan telah diberi beg eksklusif Kia secara percuma yang berlangsung di Kompleks Sukan Berakas (Padang Kebajikan) dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari sahaja.


Kia on Tour 2015 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama Kia.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen Kia secara global untuk memperluaskan jangkaan pelanggan melalui inovasi otomotif yang berterusan.

Jika ada sesiapa yang ingin merasai uji pandu keluaran Kia terbaru ini, orang ramai dialu-alukan mengunjungi ke Bilik Pameran Kia di Beribi, Gadong untuk membuat tempahan sesi uji pandu dari hari Isnin hingga Sabtu.



Pada masa ini, Syarikat Grand Motors Sdn Bhd sedang mengadakan dua jenis promosi khas untuk pelanggan Kia, jika ada pelanggan Kia yang membeli apa jua jenis model Kia semasa promosi dijalankan dari 1hb April hingga 31hb Julai ini akan turut berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi ini, klik di bawah: