Mantuka

Insurans Islam Taib

Friday, May 29, 2015

Kunjungi Jerayawara Kia on Tour dan Sesi Uji Pandu Kia

Untuk versi Inggeris, klik di sini.

"Kia on Tour" kembali lagi dengan kali ini menampilkan keluaran model-model terbaru jenama Kia yang akan dipamerkan di Pusat Membeli-belah Times Square bermula dari 29hb hingga 31hb Mei 2015.

Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang untuk membuat uji pandu mana-mana model Kia di Kompleks Sukan Berakas (Padang Kebajikan), dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pengunjung yang membuat uji pandu akan menerima beg eksklusif Kia daripada Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Kia di Negara Brunei Darussalam.

Kia on Tour 2015 adalah sebahagian daripada projek jerayawara global yang dimulakan oleh Kia Motors Corporation di Korea untuk membolehkan penduduk di rangkaian peniaga meliputi negara-negara di Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Timur Tengah, Asia dan Pasifik untuk melihat dan mencuba sendiri kehebatan kenderaan jenama Kia.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen globalisasi Kia untuk melebihi jangkaan pelanggan melalui inovasi otomotif yang berterusan.