Mantuka

Monday, April 13, 2015

Volkswagen Vento MY15 Mendapat Perubahan Baru


Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Syarikat Maju Motors selaku pengedar tunggal kereta berjenama Volkswagen di Brunei Darussalam, hari ini, telah menampilkan model Vento terbaru yang dilengkapi dengan semua ciri-ciri Volkswagen.

Pihak Mantuka.com, petang tadi, telah dijemput untuk melihat sendiri perubahan-perubahan yang telah dibuat pada mpdel Vento terbaru ini.

Jika dilihat dari segi luarannya, Vento baru ini tidak banyak beza dengan model lama, namun perubahan paling ketara adaah di bahagian dalamannya, seperti stereng yang dilapisi kulit yang mempunyai bentuk 'flat-bottom' yang memberikan rekaan lebih moden dan sporty.


Selain itu, sterengnya turut dilengkapi dengan punat pengawal sistem hiburan, punat untuk membuat dan menjawab panggilan serta punat kawalan maklumat terbaru iaitu 'Multi-Function Display'.

Vento terbaru ini juga didatangkan dengan sistem hiburan 'RCD 320' berserta sambungan USB, slot kad SD, dan AUX-in.

Model ini dikuaksakan oleh enjin 1.6 liter dengan kuasa kuda 105 dan transmisi tiptronic gear automatik enam kelajuan. Ia boleh mencapai kelajuan 100kmsj dalam masa 12.3 saat.

Kereta ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaik termasuklah empat beg udara dan sistem ABS dan Break Assist (BA).

Ia juga mempunyai ciri-ciri ISOFIX yang membolehkan para pemandu untuk menyimpan kerusi khas untuk kanak-kanak di tempat duduk belakang.


Keluaran Vento MY15 di Brunei terdapat dua varian iaitu pakej biasa dan pakej bodykit. Perbezaannya ialah pakej bodykit datang dengan bodykit penuh termasuk 17-inchi Detroit rim yang membuatkan Vento kelihatan lebih sportif.

Bagi mereka yang berminat, bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Volkswagen, di Jalan Telanai.