Mantuka

Insurans Islam Taib

Tuesday, April 14, 2015

Perjanjian MOA Antara Setia Motor dan Insurans Islam TAIB Keluarga Takaful


Penandatanganan diantara Syarikat Setia Motors Sdn Bhd diwakili oleh James Chin (tiga dari kiri) dan mewakili pihak Insurans Islam TAIB Takaful Keluarga Sdn Bhd, Awang Haji Osman bin Haji Mohd Jair (dua dari kiri)

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Satu Memorandum Perjanjian telah dimeterai diantara Syarikat Setia Motor Sendirian Berhad dengan Insurans Islam TAIB Keluarga Takaful Sendirian Berhad bertempat di Ibu Pejabat, Syarikat Setia Motors Sdn Bhd, Beribi, Gadong baru-baru ini.

Menandatangani bagi pihak Syarikat Setia Motors Sdn Bhd ialah Pengurus Am, Syarikat Setia Motors Sdn Bhd, James Chin dan disaksikan oleh Pengurus Komersil, Syarikat Setia Motors Sendirian Berhad, Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya. Manakala bagi pihak Insurans Islam TAIB Takaful Keluarga Sdn Bhd pula diwakili oleh Pengarah Urusan pihak Insurans Islam TAIB Takaful Keluarga Sdn Bhd, Awang Haji Osman bin Haji Mohd Jair yang disaksikan oleh Pengurus Kanan, Insurans Islam TAIB Family Takaful Sdn Bhd, Dayang Hajah Nornaimah binti Haji Zainip.

Dengan penandatanganan memorandum ini, Syarikat Setia Motors Sdn Bhd adalah dilantik sebagai wakil penjual dan sekaligus dibenarkan untuk mempromosikan dan menjual pelan Takaful Gadaijanji bagi Pembiayaan Kereta. Pelanggan akan merasa terjamin kerana seluruh baki hutang akan diselesaikan oleh Insurans Islam TAIB Takaful Family Sdn Bhd jika peserta berkenaan meninggal dunia dalam masa tempoh pembiayaan atau pinjaman masih berkuatkuasa.

Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Syarikat Setia Motors Sdn Bhd dan Pegawai-Pegawai Insurans Islam TAIB Sdn Bhd.

(Kiri ke kanan) Dayang Hajah Nornaimah binti Haji Zainip, Awang Haji Osman bin Haji Mohd Jair, James Chin dan Haji Abdul Hamid bin Haji Yahya.