Mantuka

Monday, April 13, 2015

Uji Pandu Lexus RC-F

Lexus RC-F setentunya akan membawa pemandu ke peringkat seterusnya kereta buas Lexus RC-F yang baru saja diperkenalkan dinegara ini.
Dalam dunia di mana Mercedes-Benz membuat hatchback padat, Porsche membuat SUV, BMW membuat skuter, mengapa Lexus tidak terfikirkan untuk mewujudkan sebuah kereta coupe sport gemuruh?

Kini tiba masanya penampilan Lexus RC-F baharu yang akan menjadi sangat ketara. Dan sangat kuat. Dan sangat cepat.

Baru-baru ini pihak Mantuka.com telah dijumput untuk menyaksikan penampilan keluaran Lexus RC-F baharu dan diberi peluang oleh Syarikat NBT (B) Sdn Bhd untuk membuat uji pandu kereta tersebut.


Rim 19” F Sport Alloy dimuatkan dalam RC-F

Di reka bentuk dengan gaya, mewah, sentuhan halus dan prestasi tinggi, Lexus telah berjaya mengeluarkan sebuah lagi kereta yang ditampilkan sebagai kereta sportif dan mewah sekaligus menawan bagi yang minat kombinasi sesebuah kereta jenis kesukanan.

Kereta Lexus RC-F yang membawa kekaguman penulis setelah merasakan kuasa tahap maksima Lexus RC-F yang pernah digossip bahawa kereta tersebut tidak akan dibawa kenegara Brunei Darussalam sekarang ada didepan mata penulis pada masa itu.

Lexus RC-F yang direka bentuk mengikut falsafah LC3 iaitu Change Ourselves, Creating New Value of Premium Market dan Challenge to be Progressive Luxury Brand adalah rekaan kombinasi  dari kereta konsep Lexus iaitui LFA, LF-LC dan LF-CC, menjadikan sebuah kereta coupe berprestij tinggi sebagai Lexus RC-F. Setelah ianya dibawa masuk ke Negara ini ianya sebagai satu sejarah baru bagi Syarikat tersebut untuk menampilkan kereta yang sudah lama ditunggu-tunggu.

Lampu depan jenis LED, Daytime Running Light (DRL) dengan desain tersendiri.
Perjalanan uji pandu dari Hotel Empire & Country Club menuju ke Lebuhraya Jerudong sudah cukup untuk memeriksa prestasi kereta tersebut walaupun keadaan jalan begitu sesak, RC-F dengan tahap kelajuan mencacah 470 kuasa kuda bersamaan 7100 rpm dan 530 Nm  bersamaan 480 rpm secara mudah mencapai destinasi dengan begitu cepat.

Walaupun kereta ini dikira sebagai kereta sportif, RC-F juga mempunyai mode yang boleh dipilih mengikut kemahuan tatacara pemandu seperti ‘Normal’, ‘Eco mode’ dan ‘Sport’. Jika itu tidak mencukupi, pemandu agresif boleh menukar mode kepada ‘Sport+’, seperti kata yang disampaikan oleh ahli Syarikat NBT (B), Hanafi Manaf, “Anda telah merasakan pelbagai mode didalam kereta ini, tetapi dalam mode S+ susah hendak dikatakan, kerana inilah tahap maksima yang terdapat didalam model Lexus RC-F”.

Konsultan Jualan Lexus NBT (B), Hanafi Manaf
Apa yang beliau katakan itu memang benar, dengan menukar mode kepada ‘Sport+’, dengan hanya menekan minyak kereta sedikit sudah mula membuat penarikan gravity dan cengkaman tayar untuk berlepas dan mempunyai bunyi yang ganas dari enjin V8.

Wartawan Mantuka.com semasa uji pandu
Semasa di lebuhraya, penulis merasakan kelajuan yang begitu cepat tetapi apa yang membuat penulis hairan, pengawalan kereta tersebut sangat mudah, menurut Hanafi, ini adalah beberapa teknologi Lexus diperkenalkan di dalam kereta ini. Antaranya High Rigidity Bodyshell with large road footprint bagi memberi potensi kedinamikan dan Electronic Power Steering (EPS) with damper-less intermediate shaft, sistem ini memberi pengawalan stering yang lebih responsive dengan bantuan sistem elektronik.

Selain itu, RC-F turut dilengkapi dengan Torsen Limited Slip Differential (LSD) sebagai aset penting meningkatkan traction dan kestabilan pemanduan yang pernah dibuktikan didalam kereta model Lexus IS F, kereta ini akan sentiasa stabil walaupun ditahap kelajuan yang tinggi.

Lexus RC-F mempunyai transmisi 8-kelajuan Sport Direct Shift (SPDS) dipadankan dengan 5.0 Liter V8 enjin, sebagai enjin terkuat Lexus.

Bercakap mengenai ruang dalam RC-F, papan pemuka kereta tersebut direka seperti didalam kokpit sebuah pesawat yang memberikan pelabagai maklumat penting untuk pemandunya. Antaranya, mode pemanduan, Speedometer, G-Force Meter, ukuran suhu minyak dan air, odometer dan stopwatch.

Dengan sistem terbaru yang dipanggil sebagai Remote Touch Interface (RTI), ianya berfungsi sebagai tempat sesentuh bagi mengawal fungsi-fungsi yang ada didalam kereta secara mudah, dengan menggunakan jari, RTI akan dapat mengawal audio, navigasi, cuaca, telefon dan sistem kenderaan didalam monitor.

Remote Touch Interface (RTI), mengawal fungsi-fungsi yang ada didalam kereta secara mudah.

Jarak roda RC-F lebih pendek berbanding dengan IS. Ini menjadikannya lebih pantas dan tajam apabila membuat selekoh. Sudah tentu, ruang kabin dikompromi, tetapi RC mempunyai dua barisan tempat duduk (2+2). Tempat duduk belakang tidak sesuai untuk perjalanan yang panjang, walaupun terdapat lebih sedikit ruang di belakang daripada banyak coupe Eropah.

Ruang dalam yang nampak mewah dan rekaan sempurna didalam Lexus RC-F
Bagi keselamatan pula, Lexus RC-F dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Pra-Kemalangan, Amaran pemindahan jalan (LDA), amaran titik buta (BSM), amaran Rear Cross Traffic (RCTA), Automatic High Beam (AHB), Sistem Amaran Pressure Tayar Automatik (AL-TPWS) dan kelengkapan 8 bag SRS.

Lexus RC-F setentunya akan membawa pemandu ke peringkat seterusnya dalam pemanduan sebuah kereta yang mempunyai pelbagai faedah dan kaedah disamping menjadi tontonan ramai dengan bentuk badan rugged dan bergaya mengikut gaya seseorang pemandu.

Ingin mengetahui sentuhan menguji pandu sebuah kereta berprestasi tinggi dari jenama Lexus? Ini lah peluang anda untuk mengunjungi Bilik Pameran Lexus di Gadong untuk mencuba kereta buas Lexus RC-F yang baru saja diperkenalkan dinegara ini.

Perhatian yang teliti terhadap aerodinamik untuk menyediakan kestabilan kenderaan dan prestasi penyejukan yang diperlukan untuk pemanduan sukan "F", dan membantu memastikan kawalan yang sangat baik, terutamanya pada kelajuan tinggi.

The SmartAccess keyfob membolehkan anda mengunci dan membuka kunci pintu anda dan mula menekan butang Start/Stop tanpa perlu mengambil kunci anda dari poket atau beg tangan anda. Sebaik sahaja sensor mengesan kehadiran kunci SmartAccess anda, kunci pintu akan buka secara automatik apabila anda menyentuh pemegang depan pintu.
Roda stereng direka dengan teliti dengan tumpuan fokus yang sama pada fungsi bahagian luar untuk menyatukan kereta dan pemandu dalam pemanduan sukan di trek perlumbaan, bersama-sama dengan kawalan yang sangat memuaskan di jalan.