Mantuka

Wednesday, April 15, 2015

Uji Pandu Tata Indica

Kepada mereka yang ingin memiliki sebuah kereta yang selesa, penggunaan bahan api yang amat cekap dengan harga yang berpatutan, Tata Indica mungkin kereta yang sesuai untuk awda.

Sebuah kereta 'hatchback' dengan harga yang berpatutan, iaitu BND 11,900 atau BND 184 sebulan selama tujuh tahun, Tata Indica memberikan awda ciri-ciri asas sebuah kereta yang mudah dipandu.

Semasa sesi uji pandu di sekeliling Perindutrian Beribi, kelancaran penukaran gear dan 'braking system' Tata Indica boleh dirasai. Suasana didalam kereta juga selesa dengan sistem penghawa dingin dan jendela yang sedikit gelap, sekaligus memberi perlindungan dari cahaya matahari yang terik.

Kereta ini memiliki sistem manual transmisi 5-kelajuan dan enjin 1396 cc 4-silinder yang mampu menjana kuasa sebanyak 62.5 kW @ 5500 rpm dan kuasa tork sebanyak 120 Nm @ 3000 rpm yang berguna sesuai bagi pemanduan di sekitar kawasan bandar dengan keupayaan penggunaan bahan api yang cekap mampu membuatkan perjalanan awda mudah dan selesa.


Walaupun bersais kecil, Tata Indica mempunyai ruang tempat duduk serta ruang bagasi yang luas sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Tempat duduk belakang juga boleh dilipat, memberikan ruang tambahan untuk bagasi.



Dari segi keselamatan, Tata Indica mempunyai 'childproof locks' di pintu belakang dengan sistem amaran audio jika tali keledar keselamatan tidak dipasang. Selain itu, kereta tersebut turut dilengkapi dengan sensor 'sight intrusion' kunci kawalan jauh ('central locking').

Bagi perjalanan jauh, selain dilengkapi dengan sistem penghawa dingin, Tata Motors juga memberi beberapa kelengkapan penting didalam kereta Indica seperti sistem musik 2-DIN dengan MP3 dan port USB, pembuka cermin kereta secara automatik bagi cermin depan, soket power bagi mengecaj telefon bimbit dan tempat duduk jenis fabrik untuk keselesaan pemandu.

Tata Indica boleh didapati di Worldwide Motor Sdn Bhd di Beribi, Gadong. Ianya adalah kereta yang paling berpatutan buat masa kini yang terdapat di syarikat tersebut.