Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, April 25, 2015

Raja Sehari Bersama Volkswagen



Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Pernahkah anda teringin mengimpikan sebuah perkahwinan yang meriah dan sempurna seperti kereta idaman yang anda idam-idamkan digunakan untuk menghantar anda ke resepsi perkahwinan?

Semua ini boleh dicapai bersama Maju Motors Sendirian Berhad yang menyediakan kereta-kereta sedia dihias untuk rekaan perkahwinan anda.



Bersempena dengan Pesta Perkahwinan Brunei 2015 (Brunei Wedding Festival), Pengurusan Songket Wedding dengan kerjasama Maju Motors Sendirian Berhad selaku pengedar tunggal kereta-kereta jenama Volkswagen mempamerkan model-model Volkswagen yang menjadi tarikan ramai sebagai model sesuai untuk majlis perkahwinan diluar Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


Model-model yang dihias dipamerkan dengan begitu mempersona hiasan bunga dan ribbon bertemakan perkahwinan pada model-model jenama laris di Negara Brunei Darussalam iaitu Volkswagen Beetle, Touareg, Golf GTi dan Vento. Ianya sangat cantik untuk digunakan sebagai menghantar penganti lelaki mahupun perempuan terutama model Beetle yang sudah terkenal diseluruh dunia dinamakan sebagai kereta ‘Love Bug’.







Selain mempamerkan kereta-kereta tersebut, para pengunjung juga boleh membuat pertanyaan kepada ahli-ahli kakitangan Maju Motors yang turut berada di Pusat berkenaan dan berkunjung masuk kedalam Pusat berkenaan untuk menyaksikan perhiasan dan pengurusan dalam sesebuah perkahwinan mengikut kemahuan anda.

Pesta Perkahwinan Brunei 2015 akan berjalan selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April ini sebagai hab dalam pencarian peralatan, pengurusan dan penyediaan pakej khas untuk perkahwinan di Negara Brunei Darussalam dengan tawaran hebat.