Mantuka

Insurans Islam Taib

Monday, April 6, 2015

Lexus RC Diperkenalkan dan Uji Pandu Media

Untuk berita versi Inggeris, klik di sini.

Dengan pelancaran Lexus RC 350, Syarikat NBT (B) sekali lagi melangkah kehadapan menampilkan sebuah kereta mewah, sprotif dan berprestij tinggi.

RC 350 model keluaran jenis Coupe yang diperkenalkan semalam kepada Media di Indera Samudra, Hotel Empire & Country Club adalah sebuah kereta buas enjin V6 dilengkapi dengan 3.5 liter V6 Four Cam 24-valve yang menyalurkan 314 kuasa kuda bersamaan 6400 rpm dan 380 Nm bersamaan 4800 rpm kuasa tork bagi pemberiaan kuasa pecutan merentasi penekanan minyak.

Kenikmatan pecutan yang licin dan pemanduan selesa, kereta tersebut mempunyai transmisi 8-kelajuan Sport Direct Shift setentunya memberi pemanduan sporting yang menyeronokkan.

Model RC 350 mempunyai lampu utama multi-LED yang menampilkan reka bentuk huruf ‘L’ yang tajam, sekaligus mencerminkan penggayaan moden yang menjadi taruhan utama Lexus.

RC-350 dan edisi istimewa RC-F diletakkan dalam satu kelas lebih tinggi daripada pencabarnya dalam kelompok kenderaan premium. Melalui dua model ini, Lexus menekankan dua faktor utama seperti kemantapan pengendalian dan penggayaan reka bentuk asli sebuah coupe.

Lexus RCF
Kedua-dua model itu dilengkapi lampu utama multi-LED dengan lampu siang LED DRL termasuk untuk pancaran lampu paras rendah dan paras tinggi.

Lampu utamanya menampilkan reka bentuk ‘tajam’ dan jelas, sekali gus mencerminkan kompleksiti penggayaan yang menjadi taruhan utama Lexus. Semua LED ini akan menyala ketika lampu utama dipasangkan manakala lampu L akan kelihatan ketika lampu utama berada dalam pancaran paras rendah.

Menumpukan kepada jenama Lexus, reka bentuk RC 350 setentunya menampilkan ciri-ciri kereta mewah dan prestasi tinggi. Ia turut menawarkan ketinggian visual dengan kedudukan dan profil badan yang rendah, kelebaran yang menjadikannya tegap, jarak antara roda yang pendek serta tayar berdiameter besar.

Tempat duduk RC 350 mempunyai kulit yang digarap menggunakan jenis ‘foaming’ bersepadu seperti adanya dalam model Lexus sebelumnya. Tempat duduk yang sportif juga memberikan keselesaan semasa memandu disamping memberi cengkaman gravity menahan dari perjalanan yang laju.


Dari segi fungsi dibahagian papan pemuka RC 350, konsol tengah pula menerapkan rekaan dalam lapisan yang menjadi ciri rekaan unik Lexus untuk mencerminkan kemewahan ruang kabin. Terletak di bahagian tengah ialah sebuah jam analog bertujuan untuk memberikan jenama Lexus sebagai sebuah kereta mewah yang direka dengan penuh terperinci.