Mantuka

Insurans Islam Taib

Thursday, February 19, 2015

Pelancaran Kia Grand Carnival 2015



Pengedar eksklusif jenama kereta Kia ke Brunei Darussalam, Grand Motors Sdn Bhd semalam telah merasmikan model terbaru Grand Carnival 2015 yang berlangsung di Hotel Radisson.

Hadir merasmikan Kia Carnival malam itu ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Tuan Frankie Ho; Pengarah Eksekutif Grand Motors Sdn Bhd, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr. Haji Ahmad dan Pengiran Haji Abdul Qahar bin Pengiran Sangamara Diraja Major General (R) Pengiran Haji Ibnu Basit, bersama Pengurus Jualan Grand Motors Sdn Bhd, Jaclyn Icah.

Kia Carnival yang baru dilancarnya ini adalah model kia yang terakhir yang dikemas kini reka bentuknya di bawah pimpinan Peter Schreyer iaitu dengan mengambil banyak unsur-unsur reka bentuk dari Sorento baru untuk mereka bentuk bahagian depan dan belakang kereta Kia Carnival.


Kereta jenis SUV ini memberikan keselesaan yang baik kepada pemandu dengan adanya pelaksanaan suis moden dan mempunyai ciri-ciri yang mesra keluarga seperti mempunyai pengecasan USB dan juga salur keluar kuasa.

Keluaran Grand Carnival CUV memberikan para pelanggan kereta keluarga idaman, yang mereka nanti-nantikan seumur hidup dengan perubahan yang begitu anggun dan mampu memuatkan lapan orang penumpang sekaligus termasuk pemandu sendiri.

Orang ramai dialu-alukan hadir bagi menyaksikan lebih dekat Kia Carnival di Bilik Pameran Kia di Beribi bermula pada hari ini 13 Februari 2015 pada jam 9 pagi hingga 5 petang.


Ikuti Mantuka di Facebok untuk gambar-gambar pelancaran tersebut.