Mantuka

Insurans Islam Taib

Saturday, January 24, 2015

Haji Hidop bin Haji Salleh Menang Sebuah Mazda 3

Tuah tidak kemana jika ianya milik anda! Itulah perasaan yang disampaikan oleh Haji Hidop bin Haji Salleh selaku pemenang utama cabutan akhir promosi ‘Beli Mazda menang Mazda’ yang memenangi sebuah kereta Mazda 3 1.5 (A) Sedan.

Begitu juga dengan nasib Haji Reduan bin Haji Rosman yang turut berkongsi kegembiraan beliau setelah memenangi sebuah kereta Mazda 2 1.5 (A) Sedan selaku pemenang kedua dalam cabutan itu. Kedua-dua mereka memegang tuah setelah berjaya membuka pintu kereta Mazda dengan setelah memilih kunci yang tepat dari kunci-kunci yang disediakan.

Bukan itu sahaja, pemenang ketiga yang dimenangi oleh Haji Mohaimin bin Haji Mohamed membawa balik wang tunai sebanyak B$5,000.

Antara hadiah lainnya, 10 pelanggan telah memenangi tiket pulang balik ke Bali Indonesia, 10 pelanggan lagi memenangi Apple iPhone 5C 16GB, baucer wang tunai B$300.00 telah dimenangi oleh 40 pelanggan dan 37 pelanggan yang tidak di undi secara automatik telah menerima baucer bernilai B$100.00.

Cabutan-cabutan telah disempurnakan oleh wakil-wakil Perbankan. Manakala hadiah utama telah disampaikan oleh Duta Besar Jepun ke Brunei Darussalam, Noriko Iki selaku tetamu kehormat bersama Pengerusi Grand Motors Sdn Bhd, Teng Chin Ying. Majlis berlangsung minggu lepas di Bilik Pameran Mazda, Beribi.

Cabutan akhir promosi 'Beli Mazda Menang Mazda' telah berjalan sejak 2 Jun hingga 31 Disember 2014 bersempena dengan ulang tahun Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta jenama Mazda di Brunei Darussalam.

Hanya 100 pelanggan yang di undi pada cabutan awal minggu lalu dan dijemput untuk mengikuti cabutan akhir 'Beli Mazda Menang Mazda' dan kesemua yang dijemput semalam setentunya membawa pulang dengan hadiah.